Khamis, 12 Mei 2022

KOMSAS TINGKATAN 3 - CERPEN LEGASI TAPAI UBI (GHAZALI LATEH)

Sinopsis

    Sejak kecil lagi Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Proses membuat tapai ubi agak rumit, kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya adalah tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, elakkan daripada terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri Tapai tidak menjadi.

    Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan
pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberi tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti sehinggalah dibawa pada peringkat antarabangsa.

    Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyen. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Agen Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaan itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.

Tema
Kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin
membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu
menjadi penawar penyakit berbahaya seperti kanser.

Persoalan
(a) Ketaatan seorang anak kepada ibu bapa.
(b) Ketelitian semasa melakukan sesuatu.
(c) Kanser yang boleh mengakibatkan kematian.
(d) Pengorbanan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak.
(e) Menghargai pengorbanan dan membalas jasa ibu bapa.
(f) Bercita-cita tinggi demi kemajuan pada masa depan.

Watak dan Perwatakan

Parjo
(a) Anak sulung Wak Salikon.
(b) Penerima Ijazah Kedoktoran.
(c) Pensyarah universiti.
(d) Taat akan emak dan bapanya.
(e) Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
(f) Tidak melupakan jasa emak dan bapanya.
(g) Seorang yang teliti. 

Wak Salikon
(a) Bapa Parjo.
(b) Gigih melakukan pekerjaan.
(c) Mementingkan pendidikan anak-anak.
(d) Bercita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaannya.
(e) Teliti ketika melakukan kerja.

Emak
(a) Emak Parjo.
(b) Gigih membantu suami menjalankan perniagaan tapai.
(c) Teliti ketika melakukan kerja.
(d) Prihatin terhadap anak.

Profesor Haidar
(a) Pensyarah kepada Parjo.
(b) Berpandangan jauh.

Plot

Binaan Plot
(a) Permulaan – Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki.

(b) Perkembangan – Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading.

(c) Klimaks – Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.

(d) Peleraian – Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain,
terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Teknik Plot
(a) Dialog.
(b) Imbas kembali.
(c) Saspens.
(d) Kejutan.
(e) Pemerian.

Gaya Bahasa
(a) Laras bahasa Sains. Contohnya, bakteriosin; manihot esculanta; metastasis.
(b) Peribahasa. Contohnya, alah bisa tegal biasa.
(c) Repetisi. Contohnya, Tapai! Tapai! Tapai!
(d) Sinkope. Contohnya, “Buat tapai ubi tak boleh bagitahu orang tahu!

Latar

Latar Masa
(a) Waktu pagi.
(b) Selepas sembahyang isyak.
(c) Permulaan semester.
(d) Enam puluh hari.

Latar Tempat
(a) Kantin sekolah.
(b) Rumah Wak Salikon.
(c) Fakulti perubatan di universiti.
(d) Kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang bersungguh-sungguh melakukan kerja.
(b) Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki.
(c) Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja.
(d) Masyarakat yang berpandangan jauh.
(e) Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa.
(f) Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan.

Nilai
(a) Kegigihan.
(b) Kerajinan.
(c) Kesyukuran.
(d) Kasih sayang.
(e) Kerjasama.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah tabah mengharungi susah payah dalam kehidupan.
(b) Kita haruslah rajin untuk mencari rezeki.
(c) Kita perlulah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.
(d) Kita patutlah menghargai jasa ibu bapa.
(e) Kita mestilah bijak merebut peluang demi kemajuan.
(f) Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain. 

KOMSAS TINGKATAN 3 - SAJAK BINTANG

Maksud

Rangkap 1
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

Rangkap 2
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya. 

Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.

Persoalan
(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.
(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada dua rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata.
(d) Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.
(e) Bentuknya bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Anafora. Contohnya, bintang itu adalah aku 
                                        bintang hati ayah dan ibu.
(b) Metafora. Contohnya, bintang hati.
(c) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.
(d) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.
(e) Asonansi. Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal u).
(f) Aliterasi. Contohnya, begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.

Nada
Romantis.

Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Mengenang jasa.
(c) Ketaatan.
(d) Tanggungjawab.
(e) Kejujuran.

Pengajaran
(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.
(c) Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.
(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.
(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan 

KOMSAS TINGKATAN 3 - SAJAK KIJANG YANG LELAH

Maksud

Rangkap 1
Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.

Rangkap 2
Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.

Rangkap 3
Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.

Rangkap 4
Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.

Tema

Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.

Persoalan

(a) Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.
(b) Realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang ketika diri menginjak usia tua.
(c) Sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
(d) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk menghadapi cabaran hidup.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua dan ketiga mempunyai lima baris, dan rangkap keempat mempunyai sepuluh baris.
(d) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.
(e) Bentuknya bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.
(b) Personifikasi. Contohnya, Menghambat waktu yang bersisa.
(c) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
(d) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e).
(e) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k).
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaab, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcd, rima akhir bagi rangkap ketiga Ialah aabcb, dan rima akhir bagi rangkap keempat ialah abccdeefee.

Nada

Melankolik.

Nilai

(a) Ketabahan.
(b) Kesungguhan.
(c) Ketelitian.
(d) Hemah tinggi.
(e) Berwaspada.

Pengajaran

(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan.
(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara.
(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
(e) Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat sebarang tindakan.
(f) Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir.

KOMSAS TINGKATAN 3 - SELOKA SANTAP ISTIADAT (ZA'BA)

Maksud

Rangkap 1
Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.
 
Rangkap 2
Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika nasi sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan ketika berada dalam majlis santapan itu.

Rangkap 3
Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan nasinya bermula daripada suapan pertama hingga ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah juadah halwa dan memakan buah-buahan.

Rangkap 4
Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah ketujuhnya, orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang masuk ke kerongkong si penjamu selera akan menambahkan seri pada wajah mereka.

Rangkap 5
Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi terdahulu.

Tema

Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum di dalam majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi terdahulu.

Persoalan

(a) Adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(b) Cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(c) Masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum.
(d) Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.

Bentuk dan Ciri-ciri Seloka

(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai lima baris, rangkap kedua mempunyai tujuh baris, rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai empat baris, dan rangkap kelima mempunyai dua baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata.
(d) Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.
(e) Berbentuk bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Anafora. Contohnya, 
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
(b) Repetisi. Contohnya, Santap beradat, santap istiadat.
(c) Bahasa klasik. Contohnya, peroman.
(d) Kata ganda. Contohnya, hormat-menghormat, mulia-memuliakan, buah-buahan dan berkumur-kumur.
(e) Personifikasi. Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan.
(f) Asonansi. Contohnya, Ketujuh berkumur-kumu(perulangan vokal u).
(g) Aliterasi. Contohnya, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. (perulangan konsonan m).
(h) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abacb, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aaaabaa, rima akhir bagi rangkap ketiga ialah aabcbc, rima akhir bagi rangkap keempat ialah abcc dan rima akhir bagi rangkap kelima ialah ab.

Nilai

(a) Kesopanan.
(b) Kepatuhan.
(c) Hormat-menghormati.
(d) Kesederhanaan.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.
(b) Kita mestilah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera di dalam sesuatu majlis.
(c) Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti dengan perkara-perkara yang berikutnya.
(d) Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan. 

KOMSAS TINGKATAN 3 - SYAIR BURUNG NURI

Maksud

Rangkap 1
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.

Rangkap 4
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan.

Rangkap 5
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan kecewa.

Rangkap 6
Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.

Rangkap 7
Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga boleh menyebabkan kehidupannya menjadi hancur.

Rangkap 8
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema

Adab dalam kehidupan seseorang.

Persoalan

(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair

(a) Terdiri daripada lapan rangkap.
(b) Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
(c) Semua baris merupakan maksud.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana(perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

Nilai

(a) Kesedaran.
(b) Merendah diri.
(c) Rasional.
(d) Hemah tinggi.

Pengajaran

(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d) Kita tidak boleh berputus asa.
(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati. 

KOMSAS TINGKATAN 3 - DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK

Karya : Norhashimah Hashim

Sinopsis

       Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar yang memberitahu ibunya tentang kerelaannya untuk melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana dia bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Menurut ibunya lagi, tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

    Walau bagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih kumpulan peserta itu memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga keselamatannya sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya
melatih kumpulan orang cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar merupakan seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian.

    Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong.

       Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di beranda chalet. Dalam perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka.

     Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka mampu berkayak dengan begitu baik.

        Dalam perbualan antara Muzafar, Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan perawakan.

        Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan oleh anaknya, Muzafar.

        Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Tema
Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan kelainan upaya.

Persoalan
(a) Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
(b) Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.
(c) Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.
(d) Kepentingan sikap bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
(e) Kegigihan dalam mempelajari ilmu baharu.

Watak dan Perwatakan

Muzafar
(a) Anak tunggal dalam keluarga.
(b) Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.
(c) Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas seorang pegawai.
(d) Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama Permai Resort.
(e) Amanah dan bertanggungjawab.
(f) Rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
(g) Penyayang.
(h) Gigih dalam melakukan sesuatu perkara.

Muzamir
(a) Sebaya dan seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perawakan.
(b) Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.
(c) Gigih menjalani latihan berkayak.
(d) Mengenang budi.
(e) Tabah dengan kecacatan matanya yang buta itu.

Ibu Muzafar
(a) Balu yang kematian suami.
(b) Seorang yang pandai bergaya moden.
(c) Mantan pegawai dan kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.
(d) Seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh.
(e) Penyayang.
(f) Pandai menyimpan rahsia.
(g) Bersifat pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.
(h) Mementingkan status dan maruah keluarga.

Plot

Binaan Plot

(a) Pengenalan – Muzafar memberitahu ibunya berkaitan dengan tugasnya yang akan melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan untuk berkayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

(b) Perkembangan – Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan dengan baik dan mesra. Mereka terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberi tunjuk ajar dan melatih peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul. Azizi dan Muzafar dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris.

(c) Perumitan – Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya disebabkan dia merupakan orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan sangat gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka. Muzafar mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar pulang ke rumah setelah program selama empat hari tiga malam bersama-sama dengan Muzamir dan rakan-rakannya tamat.

(d) Klimaks – Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai oleh para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan itu.

(e) Peleraian – Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang suatu perasaan lain yang dirasainya sewaktu dia membantu Muzamir apabila kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Teknik Plot

(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Imbas muka.
(e) Monolog.
(f) Kejutan.
(g) Saspens.

Gaya Bahasa
(a) Bahasa Arab. Contohnya, Insya-Allah; Assalamualaikum.
(b) Bahasa Inggeris. Contohnya; rafting; commando rescuewater confidence.
(c) Metafora. Contohnya, lautan mimpi.
(d) Sinkope. Contohnya, Habis tu, kenapa Zam tak dapat tidur?
(e) Repetisi. Contohnya, Tidak tidak tidak.
(f) Peribahasa. Contohnya, Tak ada beban, batu digalas; mati akal; ambil hati; sampai hati; jantung hati.

Latar

Latar Tempat
(a) Rumah batu mewah.
(b) Tasik Permai.
(c) Pekarangan Permai Resort.
(d) Studio, Permai Resort.

Latar Masa
(a) Waktu pagi.
(b) Waktu siang.
(c) Waktu malam.
(d) Empat hari tiga malam.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.
(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.
(d) Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi berkayak.
(e) Masyarakat golongan berada dan ternama yang mementingkan kedudukan dan maruah keluarga.
(f) Masyarakat golongan kelainan upaya yang gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.
(g) Masyarakat yang bertanggungjawab dalam memikul tugas.
(h) Masyarakat yang berhemah tinggi.

Nilai
(a) Kerjasama.
(b) Baik hati.
(c) Bertanggungjawab.
(d) Berhemah tinggi.
(e) Kasih sayang.
(f) Keberanian.
(g) Kegigihan.
(h) Kesabaran.
(i) Rasional.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah bijak menyusun sesuatu aktiviti ketika memberi latihan kepada orang lain.
(b) Kita mestilah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
(c) Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang.
(d) Kita janganlah memandang rendah terhadap orang kelainan upaya.
(e) Kita mestilah berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
(f) Kita perlulah menanamkan sifat sabar ketika membimbing orang kelainan upaya.
(g) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.
(h) Kita hendaklah berani mengambil keputusan untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.
(i) Kita mestilah mengamalkan sikap kerjasama dalam menjalankan aktiviti berpasukan.

KOMSAS TINGKATAN 2 - SYAIR NASIHAT PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH

Maksud

Rangkap 1
Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan.

Rangkap 2
Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

Rangkap 3
Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas.

Rangkap 4
Menurut ayah lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja.

Rangkap 5
Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Dalam masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.

Rangkap 6
Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas menuntut ilmu. Ilmu yang dituntut itu perlulah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

Rangkap 7
Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi keutamaan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar kerana akan menyebabkannya mendapat malu.

Rangkap 8
Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.

Rangkap 9
Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar dengan yang tidak benar dapat dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka.

Rangkap 10
Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat yang datang untuk menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Rangkap 11
Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT.

Rangkap 12
Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan bangun, anaknya itu akan menyembunyikan diri di dalam istana.

Rangkap 13
Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi marah kerana perbicaraan belum pasti dapat dilakukan.

Rangkap 14
Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk hukum syarak untuk mendapatkan ketenangan hati.

Rangkap 15
Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat.

Rangkap 16
Jika perbicaraan dijalankan mengikut hukum Allah, maka kejian atau pujian daripada rakyat bawahan tidak perlulah dihiraukan oleh mereka.

Rangkap 17
Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia digalakkan untuk berdamping dengan orang yang berilmu supaya dapat memudahkan segala kerja.

Rangkap 18
Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya supaya penyelewengan tidak berlaku.

Tema
Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja/menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan
(a) Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
(b) Kerja kebajikan harus dilakukan dengan penuh keikhlasan.
(c) Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
(d) Pengadilan dan perbicaraan yang dijalankan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan supaya tidak tersilap dalam menjatuhkan hukuman.
(e) Ketaatan dan kepatuhan rakyat terhadap pemimpin.

Bentuk dan Ciri-ciri Syair
(a) Terdiri daripada lapan belas rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(d) Terdiri daripada lapan hingga empat belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya terikat.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Inversi. Contohnya, nasihat kebajikan ayahanda beri; Kerja kebajikan janganlah malas.
(b) Anafora. Contohnya, Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu,
(c) Bahasa Arab. Contohnya, ikhlas; syarak; batil; Allahu; Allah.
(d) Responsi. Contohnya, Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas,
(e) Simile. Contohnya, seperti air di dalam gelas.
(f) Sinkope. Contohnya, tak.
(g) Asonansi. Contohnya, Segala perbuatan dengan berilmu (perulangan vokal e).
(h) Aliterasi. Contohnya, maka kebajikan boleh bertemu (perulangan konsonan b).
(i) Rima akhirnya sama, iaitu aaaa.

Nilai
(a) Keadilan.
(b) Berilmu.
(c) Keikhlasan.
(d) Kepatuhan.
(e) Kebijaksanaan.
(f) Bertawakal.
(g) Hati-hati.
(h) Persaudaraan.
(i) Kerajinan.
(j) Berakhlak mulia.

Pengajaran
(a) Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.
(b) Seorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan pentadbiran.
(c) Kita hendaklah menuntut ilmu yang benar dan menghindarkan diri daripada menuntut ilmu yang sesat.
(d) Kita mestilah rajin melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.
(e) Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.
(f) Sebagai anak kita perlulah patuh akan nasihat ibu dan bapa agar hidup beroleh keberkatan.
(g) Kita hendaklah berani menegakkan kebenaran.
(h) Kita haruslah bertawakal dan berserah kepada Allah setelah membuat apa-apa keputusan.

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...