"Bolehkah tolong jelaskan penggunaan meN-..-kan dan meN-..-i. Saya amat keliru 😑"
Saya sering kali dihujani dengan permasalahan ini. Dalam ruangan ini ingin saya kongsikan teknik mudah untuk mengenal pasti penggunaan imbuhan pada Kata Kerja Transitif ini.
Cara serta perbezaan penggunaan meN-..-kan dan meN-..-i
Konsep asas Kata Kerja Transitif jangan dilupa, iaitu Kata Kerja + objek
Objek mesti terdiri daripada Kata Nama atau Frasa Nama.
Kekeliruan ini akan timbul apabila dalam sesuatu ayat terdapat dua objek selepas kata kerb, iaitu objek tepat dan objek sipi.
Lihat perkongsian di bawah ini ya!
Perbezaan antara meN-…-kan dan meN-…-i
Imbuhan
|
Golongan Kata
|
Fungsi
|
Objek tepat
|
Contoh ayat
|
meN-…-kan
|
KN, KK, KA, KT
|
kausatif
|
Objek tak bernyawa
|
A) Puan Linda menghadiahkan sebuah basikal kepada Gabriel.
|
meN-…-i
|
KN, KK, KA, KT
|
lokatif
|
Objek bernyawa
|
B) Puan Linda menghadiahi Gabriel sebuah basikal.
|
A) ... menghadiahkan sebuah basikal kepada Gabriel.
Objek 1(tepat) sebuah basikal (tidak bernyawa)
Objek 2(sipi) adik (bernyawa)
B) ... menghadiahi Gabriel sebuah basikal.
Objek 1 (tepat) Gabriel (bernyawa)
Objek 2 (sipi) sebuah basikal (tidak bernyawa)
Terdapat segelintir kata kerja yang mempunyai imbuhan meN-…-kan dan meN-…-i yang boleh berganti antara satu sama lain.
Contoh:
Ali sedang membaiki kereta yang rosak.
Ali sedang membaikkan kereta yang rosak itu
Ali sedang membaikkan kereta yang rosak itu
Perbezaan antara mempeR-… dan mempeR-…-kan
Imbuhan
|
Golongan Kata
|
Fungsi
|
Contoh Ayat
|
memper-…
|
Kata Adjektif
|
menjadikan lebih/ bertambah
|
Ibu memperindah ruang tamu dengan pasu bunga.
|
memper-…-kan
|
Kata Kerja
Kata Nama
|
menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja
i) kuasatif
ii) segelintir kata nama seperti hamba, isteri, dan suami menghasilkan perkataan yang berlainan maksudnya. (m/s 210)
|
Tuanpengarah telah mempertimbangkan kembali keputusan itu.
memperhamba- melakukan diri seseorang seperti hamba
memperhambakan- menjadikan diri seperti hamba seseorang.
-Wanita itu memperhamba orang gajinya.
- Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada sultan.
|
1. mempeR...kan dan dipeR ...-kan diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja
2. mempeR- dan dipeR- diimbuhkan dengan kata adjektif, mempeR...-i disambut dengan KA dianggap lewah.
Namun begitu, bukan.semua apitan memper-...-i lewah. Apitan memper-...-i yang tidak lewah ialah:
1. ..mempersenjatai
2. ..memperingati
3. ..memperalati
4. ..memperkebuni..
5...memperkawani..
6. ..memperisteri (i)
7. ..memperhamba (i)
Apitan memper-...-i yang.lewah pula ialah:
1. ..memperbaiki
2...memperdalami
3. ..mempersetujui..
4. ..memperolehi..
Perbezaan antara diper-… dan diper-…-kan
Imbuhan
|
Golongan Kata
|
Fungsi
|
Contoh Ayat
|
diper-…
|
Kata Adjektif
|
dijadikan lebih/ bertambah
|
Halaman rumah diperindah dengan pasu bunga oleh ibu.
|
diper-…-kan
|
Kata Kerja
Kata Nama
|
Menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain.
Dijadikan sesuatu mengikut kata dasar
|
Keputusan itu telah dipertimbangkan kembali oleh Pengarah Urusan Toyota.
Hang Tuah diperhambakan kepada sultan oleh Bendahara.
|
*Terdapat sekumpulan kecil kata nama yang hanya menerima imbuhan diper-… untuk membentuk kata kerja.
Contoh:
alat - diperalat
daya - diperdaya
.
BalasPadamterima kasih cg
BalasPadamsangat bermanfaat cg.. terima kasih
BalasPadamterima kasih cgu,,
BalasPadam