Khamis, 2 November 2017

10 Tips Mengajar Bahasa Pertama atau Kedua - Belajar berbahasa.

Dewasa ini, pertambahan penduduk di Malaysia semakin meningkat. Seiring dengan penambahan penduduk, peningkatan pelajar di sekolah-sekolah juga semakin tinggi. Namun begitu pelajar-pelajar pada masa kini tidak lagi mahir berbahasa Melayu dek kerana kesan modenisasi. Mereka cenderung untuk menggunakan bahasa rojak. Bahasa ibunda kian terpinggir. 

Untuk membantu pelajar bahasa (PB) dalam pembelajaran, kedua-dua konsep kandungan dan bahasa serentak. Semua pendidik perlu melihat diri mereka sebagai guru Bahasa.

Soalnya, apakah tindakan kita sebagai guru dan pendidik bahasa ?

1. Kenali pelajar anda.
Tingkatkan kefahaman anda tentang latar belakang pelajar anda. Siapa mereka? Bahasa pertuturan di rumah? Pengalaman persekolahan atau didikan terdahulu? Sekiranya anda mengetahui latar belakang ini dengan jelas, sesi pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan santai. Komunikasi dua hala akan jadi lebih berkesan apabila anda mengetahui sejarah pendidikan awal mereka kerana anda sedaya upaya akan menyampaikan maklumat dalam bentuk paling mudah dan tepat untuk ditangkap oleh pelajar anda.

Jadi, kenali mereka dengan baik. Pembelajaran akan lebih mudah dan menyeronokkan.  Benarlah, tak knal maka tak cinta. 

2. Prihatin terhadap keperluan sosial dan emosi pelajar anda.
Mengetahui lebih mendalam tentang latar belakang keluarga pelajar dan keperluan mereka ialah kuncinya. Apabila mereka merasai kehadiran anda sebgai individu yang mengambil berat tentang keperluan mereka selepas sesi persekolahan, mereka akan menjadi lebih termotivasi dan bersemangat. Hal ini kerana, mereka ada tempat untuk berbincang dan bleh memberikan panduan. 

3. Tingkatkan kefahaman anda tentaba pemerolehan bahasa pertama dan kedua.

Walaupun kursus mengenai pengambilalihan bahasa kedua tidak diperlukan sebagai sebahagian daripada program pengajaran guru, memahami teori mengenai pemerolehan bahasa dan pembleh ubah yang menyumbang kepada pembelajaran bahasa dapat membantu anda mencapai pengajaran bahasa Melayu dengan lebih efektif. 


4. Latihan 1B3M setiap hari.
Faktor pemerolehan bahasa (language acquisition) adalah 1B3M iaitu Bercakap, Menulis, Membaca da Mendengar perlu dilakukan setiap hari bagi mengukuhkan perbendaharaan kata (word bank). Sebagai guru, anda harulah sedada upaya memastikan pelajar menggunakan semua domain pemerolehan bagasa untuk menyokong perkembangan bahasa mereka adalah penting. 

5. Tingkatkan kefahaman tentang kemahiran berbahasa
Penguasaan bahasa lisan dan bahasa akademik adalah berbeza. Seorang pelajar mungkin lebih mahir dalam satu penguasaan bahasa sahaja. Tahap akademik bahasa pelajar mungkin disembunyikan oleh tahap Kemahiran Komunikasi Interpersonal Asas yang lebih tinggi berbanding dengan Kemahiran Bahasa Akademik Kognitif. Misalnya, seorang pelajar mungkin dapat mengngati semula peristiwa-peristiwa utama daripada filem kegemaran mereka tetapi berjuang untuk mengingati peristiwa dalam mata pelejaran sejarah.

6. Ketahui bahasa pengantar anda dengan baik
Baik bahasa Melayu atau Inggeris, ia mempunyai beberapa perkataan yang mempunyai banyak makna. Sekali pelajar belajar dan memahami satu makna perkataan, makna lain mungkin menjadi tidak jelas. Kaji semula perbendaharaan kata bahasa yang anda gunakan dan semak dengan pelajar untuk memastikan mereka tahu kata-kata dan kemungkinan makna lain yang berkaitan dengan konteks penggunaan kata dalam ayat. 

7. Fahami penilaian bahasa
Penilaian kemahiran bahasa dalam pengajaran anda mungkin berbeza. Ketahui bila dan bagaimana penilaian kemahiran bahasa pelajar dan hasil penilaian tersebut. Berpandukan hasil penilaian tersebut, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam perencanaan pemerolehan bahasa.

8. Gunakan visual dan kemahiran manipulasi
Dalam hal ini boleh menjadi sangat kurang atau terlebih dalam penggunaan visual. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan 'flash card', menu, carta bergambar, klip video untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep kandungan kompleks. 

9. Strategi yang sepadan dengan penguasaan bahasa.
Mengetahui tahap kecekapan penggunaan bahasa pelajar secara akademik adalah penting untuk mendapatkan tahap penguasaan mereka. Tidak semua strategi sesuai untuk semua peringkat pelajar, mengetahui strategi atau pendekatan yang paling sesuai sememangnya memakan masa tetapi langkah ini menyokong pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan. 

10. Kerjasama & Raikan 
Dapatkan kerjasama dan sokongan daripada guru dan pengajar bahasa. Guru, tutor, veteran, pensyarah atau sesiapa sahaja yang mempraktikkan pengajaran bahasa. Mereka mungkin mempunyai cadangan atau sumber yang menyokong konsep dan kandungan bahasa. Mewujudkan dan mengekalkan komuniti pembelajaran profesional yang menyokong pembelajaran bahasa adalah penting untuk kejayaan pelajar. 

Tutor Hidayah Sahalan
hidayahsahalan@gmail.com

Bacaan tambahan :

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...