Isnin, 13 Disember 2021

KOMSAS TINGKATAN 3 - PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA

Sinopsis

    Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih gagal.

    Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan lalumeminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja.

    Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu. Kehidupan pasangan ini menjadi senang apabila sering diberi barangan keperluan oleh orang ramai.

    Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok. Pada suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah. Dia telah terjumpa tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri Anta Beranta itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain.

    Si Miskin balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil menyeru jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besar- besar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat istana.


Tema

Ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal di negeri Anta Beranta.


Persoalan

(a) Kecekalan hati menghadapi cabaran hidup.
(b) Sikap memandang hina terhadap orang miskin. 
(c) Kasih sayang seorang suami terhadap isteri. 
(d) Kesetiaan isteri terhadap suami.
(e) Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin.


Watak dan Perwatakan 

Maharaja Indera Angkasa

(a)  Suami Tuan Puteri Ratna Dewi.
(b)  Berasal dari raja keinderaan.
(c)  Disumpah oleh Betara Guru kerana membawa isteri turun ke bumi tanpa memberitahunya.
(d)  Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang raja.
(e)  Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
(f)  Seorang yang sayang akan isteri.
(g)  Maharaja Indera Angkasa juga merupakan seorang yang bijak.


Tuan Puteri Ratna Dewi

(a)  Isteri Maharaja Indera Angkasa.
(b)  Berasal dari raja keinderaan.
(c)  Disumpah menjadi miskin oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya turun ke bumi.
(d)  Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
(e)  Tuan Puteri Ratna Dewi juga seorang yang setia akan suaminya.
(f)  Seorang yang mementingkan diri sendiri.


Maharaja Indera Dewa

(a) Raja di negeri Anta Beranta. 
(b) Seorang yang berhati mulia.

Betara Angkasa Indera Dewa
(a) Salah seorang raja di negeri Anta Beranta. 
(b) Seorang yang tidak berperikemanusiaan.


Plot 

Binaan Plot

(a)  Permulaan – Pasangan suami isteri yang miskin telah mencari rezeki dengan meminta sedekah di negeri Anta Beranta.

(b)  Perkembangan – Pasangan ini pergi ke istana Maharaja Indera Dewa. Namun begitu, mereka telah diusir oleh Betara Angkasa Indera Dewa dan dilempar dengan batu serta kayu oleh orang di istana itu hingga menyebabkan badan pasangan itu bengkak dan berdarah. Mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami isteri itu akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pembuangan sampah. Mereka makan ketupat basi dan
buku tebu sahaja.

(c)  Klimaks – Maharaja Indera Dewa telah memberi setangkai
buah mangga dan sebiji buah nangka kepada Si Miskin itu. Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang lain telah banyak memberi barangan keperluan harian kepada pasangan itu. Semasa membina pondok, Si Miskin telah menjumpai tajau berisi emas. Setelah Marakarma lahir, dia telah menyeru kuasa anaknya itu untuk membina kota yang lengkap. Si Miskin telah menjadi raja dan digelar Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya Tuan Puteri Ratna Dewi.

(d)  Peleraian – Kehidupan pasangan ini amat bahagia dan lahir pula seorang puteri, iaitu Tuan Puteri Nila Kesuma. Baginda telah mengadakan acara keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam.

Teknik Plot

(a) Dialog.
(b) Imbas kembali. 
(c) Monolog.
(d) Pemerian.


Latar

Latar Tempat

(a) Negeri Anta Beranta.
(b) Hutan.
(c) Tempat pembuangan sampah. 
(d) Pasar.
(e) Kedai menjual buah.
(f) Taman Maharaja Indera Dewa. 
(g) Puspa Sari.

Latar Masa

(a) Waktu siang.
(b) Waktu petang.
(c) Waktu malam.
(d) Tiga bulan.
(e) Selang tiga hari.
(f) Malam empat belas haribulan.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskin. 
(b)Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.
(c)Masyarakat yang setia terhadap pasangan.
(d)Masyarakat yang memiliki sikap belas kasihan.
(e)Masyarakat yang percaya akan kuasa sakti. 
(f)Masyarakat yang suka berhibur.


Gaya Bahasa

(a)  Bahasa Arab. Contohnya, masyhurAllah TaalaWallahualam.
(b)  Bahasa istana. Contohnya, bagindatitahkakandapatikberputeralah.
(c)  Bahasa klasik. Contohnya, hattacetera; adapun.
(d)  Simile. Contohnya, ...rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya.
(e)  Repetisi. Contohnya, 

Maka ada yang memberi buah,
ada yang memberi juadah;
ada yang memberi nasi,
ada yang memberi kain,
ada yang memberi buah-buahan.


Nilai

(a) Kasih sayang. 
(b) Kegigihan. 
(c) Baik hati.
(d) Ketaatan.
(e) Berdikari.
(f) Belas kasihan.


Pengajaran

(a)  Kita perlulah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu.
(b)  Kita hendaklah taat akan suami.
(c)  Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadaporang lain.
(d)  Kita mestilah sayang akan isteri.
(e)  Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.


Khamis, 9 Disember 2021

KOMSAS TINGKATAN 4 - SAJAK GELANGGANG (ONN MALINI)

Maksud

Rangkap 1

Malaysia ditubuhkan oleh para pemimpin generasi terdahulu kira-kira 50 tahun yang lalu. Negara yang merdeka ini terhasil daripada persepakatan dan perpaduan setiap kaum terdahulu yang akan diwariskan kepada generasi yang seterusnya.

Rangkap 2

Rakyat atau generasi merdeka hari ini merupakan pewaris negara yang lahir daripada pengorbanan dan jerih payah generasi terdahulu. Dengan tertubuhnya Malaysia, kemakmuran tanah air dapat dinikmati bersama-sama. Kita perlu menjaga keharmonian dan kedaulatan negara ini daripada sebarang bentuk ancaman luar dengan penuh tanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana telah terbukti bahawa cara ini mampu mewujudkan kesepaduan rakyat yang pelbagai kaum.Rangkap 3

Para pemimpin generasi kini perlu berani untuk bangkit melawan tuduhan melulu dan propaganda pihak luar untuk mempertahankan kedaulatan negara yang agung ini. Kata-kata nista yang berbaur hasutan untuk menjatuhkan Malaysia perlu kita tentang tanpa tolak ansur. Pihak-pihak tersebut tidak harus mencabar Malaysia kerana tindakan itu hanya akan menyusahkan diri mereka nanti.

Rangkap 4

Penyajak menyeru agar semua warganegara yang taat setia akan negara ini saling mengeratkan tali persaudaraan dengan menghindari persengketaan yang dapat mencetuskan perbalahan antara kaum.

Rangkap 5

Sebagai generasi pelapis, kita bertanggungjawab untuk memikul amanah bagi memastikan negara kita kekal cemerlang pada peringkat dunia demi maruah negara dan jati diri rakyatnya. Kita harus meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang aman dan disanjungi oleh semua pihak. Oleh itu, kita mestilah menghargai dan menanamkan kesetiaan serta perasaan cinta akan negara Malaysia untuk selama-lamanya.


Tema

Sajak ini bertemakan kepentingan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan tanah air melalui sikap toleransi dan perpaduan antara kaum.


Persoalan

(a) Kepentingan perpaduan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum.

(b)  Semangat cinta akan negara yang kental dan tidak berbelah bahagi.

(c)  Kesepakatan dalam kalangan rakyat.

(d)  Kerjasama untuk membangunkan negara.

(e)  Keberanian menentang golongan yang berniat untuk menghancurkan negara.


Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

  1. (a) Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
  2. (b) Terdiri daripada lima rangkap.
  3. (c) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (lima baris), rangkap kedua (lapan baris), rangkap ketiga (tujuh baris), rangkap keempat (dua baris), rangkap kelima (lima baris).
  4. (d) Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama. Misalnya, pada rangkap kedua baris pertama ada sembilan patah kata dengan dua puluh dua suku kata. Sebaliknya, pada rangkap kedua baris ketiga ada satu patah kata sahaja dengan tiga suku kata.
  5. (e) Sajak ini mempunyai 27 baris.
  6. (f) Rima akhirnya bebas; abccd, abacdade, abcbcdb, ab,abaac.


Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)  Unsur kata atau diksinya indah (puitis). Contohnya, agar kecemerlangan tercerna di persada arena.

(b)  Anafora. Contohnya, kita pelihara, kita mempertahankan (rangkap 2 baris 5 dan 6).

(c)  Perlambangan atau imejan. Contohnya, pewaris gelanggang.

(d)  Perulangan kata. Contohnya, kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini.

(e)  Asonansi. (perulangan bunyi vokal a). Contohnya, kitsanggah nyah tanpkompromi dari menggugah.

(f)  Aliterasi. (perulangan bunyi konsonan s). Contohnya, elakkan pertelingkahan sesama sendiri.


Nada

Sajak ini bernada patriotik.


Nilai

(a) Tanggungjawab. 

(b) Cinta akan negara. 

(c) Pengorbanan.

(d) Perpaduan.

(e) Kesyukuran.

(f) Ketaatan.

(g) Amanah


Pengajaran

(a) Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak luar.

(b)  Kita mestilah berani menangkis segala bentuk propaganda dan tuduhan melulu daripada pihak luar yang cuba mengganggu-gugat kedaulatan negara.

(c)  Kita perlulah menghargai pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh generasi dan para pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah.

(d)  Sebagai rakyat yang berbilang kaum, kita hendaklah bersatu padu untuk menjamin keharmonian negara yang tercinta ini.

(e)  Kita haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman, sejahtera, dan harmoni.

(f)  Kita mestilah bersama-sama memajukan negara dalam pelbagai bidang agar maruah negara terjamin pada peringkat antarabangsa.

Selasa, 7 Disember 2021

KOMSAS TINGKATAN 5 - CERPEN GERHANA MANUSIA

Sinopsis

Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital diberikan kepada Tuan Besar Musa. Nusia, iaitu jururawat di wad Unit Rawatan Rapi ditugaskan untuk memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma dan semakin tenat akibat pengambilan minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni bahawa bank darah sudah kehabisan stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu menderma darahnya kepada Tuan Besar Musa.

Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi kerana beliau cuma bergantung pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak menjenguknya di hospital. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi kerana harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu nipis. Nusia beranggapan bahawa arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa itu suatu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan menurut sahaja arahan itu.

Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit lain yang sedang koma dan menunggu bantuan darah untuk membolehkan mereka kembali sihat. Antaranya, Solehah yang tenat dan koma akibat pundi janinnya yang pecah di ovari. Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat akibat didera, serta mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh Profesor Doktor Juaidi, maka selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.

Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah di hospital lain dengan segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai beratus-ratus ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.

Nusia memberitahu Profesor Doktor Juaidi bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin bagi menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang enggan memberikan darah tulen kepada Solehah. Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia tentang status perempuan yang sedang koma itu jika dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya Nusia akur akan arahan Profesor Doktor Juaidi. Dia mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan darah.

Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah dalam bank darah di hospital itu adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Walhal, hanya empat pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang sedang koma.

Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk memberikan peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Nusia mengatakan bahawa juruteknik makmal itu akan menjadi pembunuh jika dia enggan melepaskan pek-pek darah tersebut. Juruteknik makmal darah itu menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan Besar Musa sebenarnya sudah mati. Denyutan jantungnya ketika itu hanya dirangsangkan oleh adrenalina, dopamin, dan atropina. Juruteknik makmal darah itu akhirnya termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya itu.

Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia, sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam tubuh Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.

Profesor Doktor Juaidi pula berusaha menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina. Namun begitu, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana kematiannya menyebabkan kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu.

Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan tersebut menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni. Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.


Tema

Cerpen “Gerhana Manusia” bertemakan sikap mementingkan ganjaran material ketika merawat pesakit sehingga membatasi nilai kemanusiaan.


Persoalan

(a) Pengabaian nilai kemanusiaan akibat ganjaran material. 

(b) Ketabahan pesakit melawan penyakit yang dihadapi. 

(c) Perasaan belas simpati sesama manusia.

(d) Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah.

(e) Bertanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas.

(f) Rasional dalam membuat tindakan.

(g) Percaya kepada qada dan qadar.



Watak dan Perwatakan

Nusia

(a) Jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.

(b)  Akur akan perintah ketua.

(c)  Bersifat penyayang

(d)  Mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.

(e)  Jururawat yang bertanggungjawab.

(f)  Mudah bersimpati dan berhati mulia.

(g)  Pandai memujuk.


Doktor Murni

(a) Pegawai perubatan muda di sebuah hospital.

(b) Merawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital.

(c) Mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. 

(d) Prihatin dan bertanggungjawab.

(e) Bersifat tenang ketika merawat pesakit.

(f) Berpendirian tegas.

(g) Rasional dalam membuat tindakan.


Profesor Doktor Juaidi

(a) Pegawai perubatan senior di sebuah hospital.

(b) Ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia.

(c) Sudah berumur, bermata bulat, dan berkening lebat.

(d) Lebih mengutamakan ganjaran material daripada nilai-nilai kemanusiaan.

(e) Bijak dalam menyelesaikan masalah. 

(f) Tidak bertanggungjawab.

(g) Mementingkan aktiviti sosial.


Tuan Besar Musa

(a) Ahli korporat dan teknokrat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.

(b)  Bersifat dermawan.

(c)  Suami kepada wanita jelita yang tidak setia.

(d)  Berperut buncit.

(e)  Mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.

(f)  Pesakit yang sedang koma, namun akhirnya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi tubuhnya yang mengalami kehilangan darah yang banyak.

(g)  Penyumbang utama dana kepada kelab elit hospital.


Latar

Latar Tempat

(a) Wad Unit Rawatan Rapi.

(b) Bank darah.

(c) Hospital.


Latar Masa

(a) Dua hari.

(b) Hari ini.

(c) Hari semalam/kelmarin.


Latar Masyarakat

(a)  Masyarakat yang amat bersimpati atau prihatin terhadap pesakit.

(b)  Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan pesakit.

(c)  Masyarakat yang hanya mementingkan ganjaran material semata-mata.

(d)  Masyarakat yang akur akan perintah ketua.

(e)  Masyarakat yang bertugas di hospital.

(f)  Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati.

(g)  Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah.


Plot

Binaan Plot

(a) Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara kronologi.

(b)  Pengenalan – Tuan Besar Musa sedang koma dan tenat akibat perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Pada waktu itu, Nusia, Doktor Murni, dan Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawanya yang berada di ambang maut.

(c)  Perkembangan – Nusia telah memberitahu Doktor Murni bahawa stok tabung darah di bank darah yang sudah kehabisan. Doktor Murni mengarahkan Nusia menghebahkan masalah itu kepada pihak media dengan harapan ada insan yang mahu mendermakan darahnya kepada Tuan Besar Musa.

(d)  Perumitan – Nusia berasa bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi kerana dia hanya bergantung pada alat sokongan hayat. Nusia membantah tindakan Profesor Doktor Juaidi yang memintanya memasukkan darah tulen ke dalam tubuh Tuan Besar Musa kerana 50 pek darah yang dimasukkan ke dalam tubuhnya sebelum itu telah keluar semula. Selepas itu, Nusia memujuk juruteknik makmal darah agar memberikan lima pek darah tulen yang sejuk itu untuk kegunaan pesakit-pesakit lain. Juruteknik makmal darah itu termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya itu.

(e)  Klimaks – Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina.

(f)  Peleraian – Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan besar Musa kerana kelab elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu. Doktor Murni pula menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu. Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat mendermakan darah untuk semua pesakit yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.


Teknik Plot

(a) Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Profesor Doktor Juaidi dengan Nusia berkaitan keadaan Solehah yang mengalami tekanan darah yang semakin rendah.

(b)  Teknik imbas muka. Contohnya, Nusia membayangkan bahawa lima pek darah sejuk yang berada di tangannya mampu menyembuhkan penyakit Solehah, mahasiswa leukemia, dan al-Hafiz.

(c)  Teknik monolog dalaman. Contohnya, Nusia bermonolog dalaman dengan mempersoalkan pesakit yang akan diberikan bekalan darah apabila mendengar arahan Profesor Doktor Juaidi supaya Doktor Murni mendapatkan bekalan darah daripada hospital lain.

(d)  Teknik pemerian. Contohnya, penulis memerihalkan keadaan Tuan Besar Musa yang sedang koma akibat penyakitnya itu dan masih hidup dengan bantuan alat sokongan hayat.

(e)  Teknik saspens. Contohnya, peristiwa tindakan Nusia yang berjaya memujuk juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah tulen sejuk kepadanya menimbulkan tanda tanya dan perasaan ingin tahu kepada pembaca tentang perkara selanjutnya yang akan berlaku akibat tindakannya itu.


Gaya Bahasa

(a) Bahasa Arab. Contoh: SyahadahYasinMasya-Allah

(b) Inversi. Contoh: Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya? (sepatutnya Berbezakah nilainya darah dan manusia itu?

(c) Istilah sains perubatan. Contoh: alveolus paru-paru;Plateletatropina.

(e) Paradoks. Contoh: Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih.

(f)  Personifikasi. Contoh: renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku; Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor Murni.

(g)  Repetisi. Contoh: Dua pek darah daripada awak, dua pek darah daripada saya...”.

(h)  Simile. Contoh: Firasat itu umpama mimpi barangkali; memancut bagai paip bocor.

(i)  Simpulan bahasa. Contoh: nyawa-nyawa ikan; kurang ajar; lintah darat.


Nilai

(a) Nilai belas kasihan. Contohnya, Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

(b)  Nilai bertanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

(c)  Nilai kasih sayang. Contohnya, Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap kesihatan pesakit- pesakitnya.

(d)  Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Profesor Doktor Juaidi bijak mengatasi masalah kekurangan bekalan darah di bank darah dengan mengarahkan Doktor Murni mendapatkan bekalan darah tersebut daripada hospital lain.

(e)  Nilai menghargai nyawa. Contohnya, Nusia mengatakan bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma.

(f)  Nilai baik hati. Contohnya, Doktor Murni bersedia mendermakan darahnya untuk bekalan darah yang kehabisan di bank darah.

(g)  Nilai murah hati. Contohnya, Tuan Besar Musa merupakan dermawan yang prihatin terhadap kebajikan kakitangan hospital.

(h)  Nilai keberanian. Contohnya, Nusia berani menanggung risiko berhubung tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya.

(i)  Nilai rasional. Contohnya, Nusia mendesak juruteknik makmal darah agar menyerahkan lima pek darah sejuk kepadanya untuk menyelamatkan empat nyawa pesakit yang sedang koma.

(j)  Nilai keyakinan. Contohnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana dia yakin ada hospital lain yang akan mengambilnya sebagai doktor perubatan.


Pengajaran

(a) Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan tanpa mengira darjat atau pangkat seseorang.

(b)  Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.

(c)  Kita perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.

(d)  Kita hendaklah bijak berikhtiar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

(e)  Kita sepatutnya bersedia menderma darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit/insan yang memerlukan- nya.

(f)  Kita mestilah berani bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menghindari perbuatan yang mungkar.

(g)  Kita harus bersikap rasional dan mengetepikan kepentingan material serta mengutamakan nyawa manusia.

(h)  Kita sepatutnya bersikap adil terhadap semua pesakit.

Khamis, 2 Disember 2021

KOMSAS TINGKATAN 2 - CERPEN BANJIR DI MATA EMAK

Sinopsis

Watak “saya” hendak menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu “Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada “Nana” kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut.

Belum sempat “saya” hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu.

“Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”. Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.

“Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira.

Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah. Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” lantas mengucapkan terima kasih.

“Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk.

“Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan salam kepada anak perempuannya, Nana.

“Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirim makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan namanya. Nana amat menyesal.


Tema

Kehilangan sesuatu yang bermakna meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.


Persoalan

(a) Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak. 
(b) Kasih ibu tidak berbelah bagi.
(c) Menyesal kemudian tiada gunanya.
(d) Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
(e) Rasa simpati yang wujud dalam diri seseorang.


Watak dan Perwatakan 

“Saya”

(a)  Anak yatim piatu.
(b)  Seorang yang sensitif.
(c)  Seorang yang prihatin.
(d)  Mudah bersimpati.
(e)  Baik hati.
(f)  Terlalu merindui ibunya.
(g)  Mengambil berat terhadap kehidupan Mak Piah.
(h)  Sanggup berbohong kerana hendak melihat Mak Piah bahagia.

Mak Piah

(a) Hidup seorang diri di rumah usang di sebuah kampung. 
(b) Mempunyai dua orang anak, iaitu Nana dan Nubhan. 
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang ibu yang penyayang.
(e) Seorang yang taat akan perintah Tuhan. 
(f) Kurang pendengaran.
(g) Sangat merindui anak-anaknya.


Nana

(a) Anak bongsu Mak Piah. 
(b) Takut akan suami.
(c) Tidakbertanggungjawab.


Plot 

Binaan Plot

(a)  Permulaan – “Saya” hendak menelefon temannya, tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada “saya” yang disangkakan anak perempuannya, Nana, bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini berlaku demikian kerana air banjir sudah naik ke paras dada. Tanpa sempat “saya” memberikan penjelasan tentang dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah memutuskan talian telefon. 

(b)  Perkembangan – “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah tetapi tidak berjawab. “Saya” bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini berlaku demikian kerana Mak Piah tinggal seorang diri dalam keadaan banjir. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Akhirnya, Mak Piah menjawab panggilan telefon “saya”, tetapi hanya sekejap. Hati “saya” mula resah apabila memikirkan Mak Piah. “Saya” ingin bertemu dengan Mak Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya” memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya” dengan gembira. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa berbohong. “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji untuk datang menziarahi Mak Piah lagi.

(c)  Klimaks – “Saya” demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Belum pun sempat “saya” melangkah masuk ke rumah Mak Piah, usungan jenazah dibawa keluar. Saya mengiringi jenazah Mak Piah hingga ke tanah perkuburan.

(d)  Peleraian – Anak-anak Mak Piah, Nana dan Nubhan berasa sangat sedih atas kematian Mak Piah. Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk emak mereka semasa banjir. Emak mereka tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah jenazahnya ditemui jirannya.


Teknik Plot

(a) Pemerian.

(b) Dialog.

(c) Saspens.


Latar

Latar Tempat

(a) Kampung.
(b) Rumah “saya”.
(c) Rumah Mak Piah. 
(d) Tanah perkuburan.


Latar Masa

(a) Empat hari empat malam.
(b) Ketika banjir. 
(c) Waktu zuhur.
(d) Lima hari.
(e) Selepas banjir. 
(f) Waktu pagi.


Latar Masyarakat

(a) Masyarakat kampung.
(b) Masyarakat yang prihatin.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang.
(e) Masyarakat yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa. 
(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya.
(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama.


Unsur Gaya Bahasa

(a) Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah; zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.
(b) Metafora. Contohnya, lembah kepiluan; bungkusan takdirlautan fikir.
(c) Simile. Contohnya, Ataukah agaknya dia bimbangkan bil telefon “anak” ini akan menjadi seperti harga ikan di pasar kami?
(d) Personifikasi. Contohnya, banjir kali ini menelan dua nyawa; getar suaranya menggegarkan perasaan.
(e) Peribahasa. Contohnya, isi hati.
(f) Sinkope. Contohnya, Tak apa Mak Piah, selagi banjir tak surut, insya-Allah, saya akan temankan Mak Piah. 
(g) Repetisi. Contohnya, Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin!


Nilai

(a) Kasih sayang. 
(b) Baik hati. 
(c) Keprihatinan. 
(d) Simpati.


Pengajaran

(a)  Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita.
(b)  Kita mestilah menghargai kasih sayang ibu bapa terhadap kita.
(c)  Kita hendaklah mengamalkan sikap perikemanusiaan dan tolong-menolong sesama manusia.
(d)  Kita hendaklah menjaga nama baik seseorang, terutamanya nama baik ahli keluarga sendiri.
(e)  Kita mestilah berpendirian tegas dalam hal-hal tertentu terutamanya tentang hak terhadap ibu bapa kita.

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...