Selasa, 30 November 2021

KOMSAS TINGKATAN 2 - PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG



ANIMASI 
PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG
DIREKA CIPTA OLEH MYTECH SDN BHD



VIDEO PEMBELAJARAN 
PROSA TRADISIONAL PELANDUK MENGAJAR MEMERANG
OLEH: CIKGU HIDAYAH


Sinopsis

Pada zaman Nabi Allah Sulaiman semua haiwan ditakdirkan oleh Allah dapat berkata-kata. Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima menteri yang terdiri daripada manusia, jin yang bernama Ifrit, unggas, landak, dan pelanduk. Antara kelima-lima menteri itu, Syah Alam di Rimba, iaitu pelanduklah yang paling masyhur kebijaksanaannya.

Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anak- anak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa mak dan bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikan- ikan di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan aduan ikan-ikan itu kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat pakatan dengan memerang. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.

Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa memerang melihat semua anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di Rimbalah yang melakukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak kakinya di situ. Pada malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa memerang membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.

Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anaknya. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa hairan akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan perbicaraan. Baginda meminta Sang Belatuk memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu haiwan-haiwan yang menyebabkan kematian anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan tersebut ialah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut bercerita tentang perkara- perkara yang telah berlaku dengan jujur.

Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang bercakap benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.


Tema

Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain.


Persoalan

(a) Sikap tamak, iaitu mahu mendapatkan sesuatu dengan sebanyak-banyaknya tanpa memikirkan nasib pihak lain.
(b)  Aduan dibuat kepada yang pihak yang berkuasa.
(c)  Pengadilan memerlukan saksi.
(d)  Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
(e)  Bercakap benar di hadapan pemerintah.
(f)  Sentiasa bersedia untuk menyelamatkan pemerintah.
(g)  Mengakui kesalahan yang telah dilakukan.


Watak dan Perwatakan

Pelanduk atau Syah Alam di Rimba

(a) Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri. 
(b) Merupakanmenteriyangpalingtermasyhurkebijaksanaannya. 
(c) Pandai bersilat.
(d) Prihatin akan masalah yang dialami oleh rakyatnya.
(e) Taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah Sulaiman.
(f) Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.


Sang Memerang

(a)  Mempunyai tujuh orang anak.
(b)  Menjadikan ikan sebagai makanan.
(c)  Tamak terutamanya dalam hal makanan.
(d)  Ibu dan bapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak.
(e)  Mementingkan diri sendiri.
(f)  Taat akan perintah Nabi Allah Sulaiman.
(g)  Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.


Nabi Allah Sulaiman

(a)  Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin, dan haiwan.
(b)  Melantik lima menteri dalam urusan pemerintahan baginda.
(c)  Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua rakyatnya.
(d)  Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
(e)  Pemerintah yang adil.
(f)  Tegas dalam membuat keputusan.


Plot 

Binaan Plot

(a)  Permulaan – Pelanduk yang dipanggil sebagai Syah Alam di Rimba melawat ke kawasan di wilayah pemerintahannya. Syah Alam di Rimba sampai di sebuah lubang yang menjadi tempat tinggal memerang. Ada tujuh ekor anak memerang di dalam lubang itu. Anak-anak memerang itu keluar dari lubang lalu bermain-main. Syah Alam di Rimba bertanyakan tempat mak dan bapa anak-anak memerang itu pergi. Anak memerang menyatakan bahawa mak dan bapanya pergi mencari ikan untuk dijadikan makanan. Oleh itu, Syah Alam di Rimba terfikir bahawa memerang selalu melakukan penganiayaan terhadap ikan-ikan di rimba itu. Syah Alam di Rimba runsing memikirkan aduan ikan-ikan itu kepada Nabi Allah Sulaiman. Syah Alam di Rimba mahu membuat pakatan dengan memerang. Tidak berapa lama kemudian, burung bubut berbunyi secara bersahut-sahutan. Apabila mendengar bunyi itu Syah Alam di Rimba terus bersilat. Tanpa sedar, Syah Alam di Rimba telah memijak anak-anak memerang itu sehingga semuanya mati.

(b)  Perkembangan – Setelah hari petang, mak dan bapa memerang pulang ke lubang tersebut. Mak dan bapa memerang melihat semua anak memerang sudah mati. Mak dan bapa memerang mengetahui Syah Alam di Rimbalah yang melakukan perkara tersebut kerana terdapat kesan tapak kakinya di situ. Mak dan bapa memerang berasa sangat sedih kerana sayang akan anak-anak itu. Pada malam itu, mak dan bapa memerang berbincang. Mak dan bapa memerang membuat keputusan untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada Nabi Allah Sulaiman.

(c)  Klimaks – Pada keesokan harinya, mak dan bapa memerang pergi berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman. Mak dan bapa memerang mengadukan perbuatan yang dilakukan oleh Syah Alam di Rimba terhadap anak-anaknya. Setelah baginda mendengar aduan tersebut, baginda berasa hairan akan kelakuan Syah Alam di Rimba. Oleh itu, baginda mahu mengadakan perbicaraan. Baginda meminta Sang Belatuk memanggil semua haiwan yang terlibat, iaitu haiwan- haiwan yang menyebabkan kematian anak-anak memerang itu. Haiwan-haiwan tersebut ialah Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Biawak, Sang Labi-labi, Sang Udang, dan Sang Sebarau. Semua haiwan tersebut bercerita tentang perkara-perkara yang telah berlaku dengan jujur.

(d)  Peleraian – Setelah Nabi Allah Sulaiman mendengar cerita Sang Sebarau, maka baginda memerintahkan Sang Memerang bercakap benar. Dengan takut, Sang Memerang mengakui kesalahannya. Nabi Allah Sulaiman memutuskan bahawa Syah Alam di Rimba tidak bersalah. Kematian anak-anak Sang Memerang disebabkan oleh kesalahan Sang Memerang sendiri.

Teknik Plot

(a) Dialog.
(b) Monolog dalaman.
(c) Pemerian



Latar

Latar Tempat

(a) Hutan rimba. 
(b) Dalam lubang.
(c) Kota istana. 
(d) Lubuk.


Latar Masa

(a) Pada zaman dahulu. 
(b) Waktu siang.
(c) Waktu petang. 
(d) Waktu malam.


Latar Masyarakat

(a)  Masyarakat haiwan yang tinggal di rimba.
(b)  Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
(c)  Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
(d)  Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.
(e)  Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan pemerintah.
(f)  Masyarakat yang cepat bertindak.
(g)  Masyarakat yang mengakui kesilapan diri.
(h)  Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah.


Unsur Gaya Bahasa

(a)  Bahasa Arab. Contohnya, Allah Subhanahuwataala; kudrat- Nyafasal.
(b)  Bahasa istana. Contohnya, patikbersemayam; singgahsanabagindabertitah; tuankubeta.
(c)  Bahasa klasik. Contohnya, Sebermula; Hattaayapanpacal.
(d)  Sinkope. Contohnya, Sang Biawak membawa pedang
tercabut saja berlari-lari.
(e)  Repetisi. Contohnya, Kepada fikiran patik tentulah Duli yang
Maha Mulia kedatangan musuh yang besar, patik pun bersiaplah akan perisai patik.


Nilai

(a) Keberanian.
(b) Keadilan. 
(c) Kejujuran.
(d) Kebijaksanaan. 
(e) Keprihatinan. 
(f) Tanggungjawab.
(g) Kepatuhan. 
(h) Keinsafan.


Pengajaran

(a)  Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin akan masalah rakyat.
(b)  Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
(c)  Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi ancaman musuh.
(d)  Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan setiap arahan pemerintah.
(e)  Sebagai pemerintah, kita mestilah bijak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
(f)  Kita mestilah bercakap jujur apabila kita dihadapkan ke muka pengadilan.
(g)  Sebagai pemerintah, kita hendaklah membuat keputusan dengan adil.
(h)  Kita hendaklah sedar akan kesalahan yang telah kita lakukan.

Jumaat, 26 November 2021

KOMSAS TINGKATAN 3 - SAJAK SENJA DI PALANG BESI


Maksud

Rangkap 1

Suatu senja menyaksikan tebaran cahayanya yang makin suram dan hanya dapat dilihat oleh penyajak melalui celah- celah lubang sel penjara yang memisahkannya dengan dunia luar yang terpaksa diisi dengan suasana yang sepi dan penuh kekesalan di hati.

Rangkap 2

Waktu senja yang dahulunya membawa bahagia kepada penyajak kini bertukar sayu tatkala menjelang malam kerana penyajak terpaksa hidup di dalam sel penjara yang menyakitkan, terbuang, dan terasing dari dunia luar. 

Rangkap 3

Dalam sel penjara yang bersambung antara palang besi, penyajak resah berteleku dalam suasana hening akibat dipenjarakan tanpa ditemani suasana bising. Pada waktu senja yang semakin menghampiri malam, penyajak merasakan jiwanya semakin sunyi dan merasakan itulah hukuman kemanusiaan terhebat yang perlu ditempuhinya.


Tema

Kesengsaraan dan kesepian seorang banduan yang hidup di dalam sel penjara.


Persoalan

(a) Penyesalan hidup yang tiada berpenghujung.

(b) Kehidupan di dalam sel penjara yang amat memilukan. 

(c) Penderitaan hidup yang terpaksa ditempuhi sendirian. 

(d) Harga kebebasan bagi sebuah kehidupan.


Bentuk dan Ciri-ciri Sajak

  1. (a)  Terdiri daripada tiga rangkap.

  2. (b)  Rangkap pertama dan kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lapan baris.

  3. (c)  Bilangan katanya tiga hingga sembilan patah kata.

  4. (d)  Terdiri daripada tujuh hingga lapan belas suku kata.

    (e) Berbentuk bebas.


Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a) Anafora. Contohnya, dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam

  1. (b)  Responsi. Contohnya, dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam

  2. (c)  Metafora. Contohnya, jemari malam, samudera jiwa.

  3. (d)  Personifikasi. Contohnya, Senja mula menangis.

  4. (e)  Kata ganda. Contohnya, kuntum-kuntum, dedawai.

  5. (f)  Inversi. Contohnya, Pilu wajahmu sang senja.

  6. (g)  Asonansi. Contohnya, hukuman terhebat hikayat kemanusiaan (perulangan vokal a).

  7. (h)  Aliterasi. Contohnya: Tanpa pasir pantai atau silir angin (perulangan konsonan p).

  8. (i)  Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abcdef, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcbb, dan rima akhir bagi rangkap ketiga ialah abcddedd.


Nada

Melankolik.


Nilai

(a) Ketabahan. 

(b) Kebebasan. 

(c) Keredaan.


Pengajaran

  1. (a)  Kita hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam penjara.

  2. (b)  Kita hendaklah menghargai nikmat kebebasan hidup yang dikurniakan oleh Tuhan.

  3. (c)  Kita mestilah menjadi orang yang mematuhi undang-undang negara.

  4. (d)  Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam membuat sebarang tindakan agar tidak tersilap langkah melakukan perkara yang negatif.

Rabu, 24 November 2021

SENARAI PERIBAHASA SPM MENGIKUT DIMENSI SOALAN SPM



INDIVIDU


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara

Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana tidak berfikir tambah masalah

  • Mencurah air ke daun keladi

Nasihat yang sia-sia

  • Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang

  • Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu

  • Ada udang di sebalik batu

Berbuat baik kerana ada hajat terselindung

  • Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam
  • Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai Berjaya walaupun menghadapi kesusahan

  • Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.

Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya

  • Bagai rumput di tepi jalan

Hidup daif dan terbiar

  • Kerja tertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan

Sesuatu urusan tidak akan selesai jika selalu bertangguh.

  • Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut


  • Orang pindah-pindahan tanaman masak tidak dapat dirasa

Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan berjaya

  • Pipit sama pipit, enggang sama enggang

Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan

  • Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
  • Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Hormat akan tempat kita bernaung

  • Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri lebih baik di negeri sendiri

Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri

  • Jong pecah, yu yang kenyang

Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh

  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika ada azam, ada kejayaan

  • Biar berputih tulang, jangan berputih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik sendiri dirampas orang

  • Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

Dimana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita

  • Awal dibuat, akhir diingat

Sebelum membuat sesuatu hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu

  • Ayam bertelur di atas padi

Hidup senang dan mewah

  • Bagai aur di atas bukit

Menyerahkan diri kepada nasib

  • Bagai kaca jatuh ke batu

Terlalu kecewa

  • Bagai kucing dibawakan lidi

Terlalu ketakutan

  • Bagai murai dicabut ekor

Seseorang yang becok mulutnya

  • Bagai semut penghimpun melukut

Orang yang rajin bekerja

  • Bagai si buta kehilangan tongkat

Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran

  • Bagai siamang kurang kayu

Sangat susah hati kerana kurang barang keperluan

  • Cakap tak serupa bikin

Hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja

  • Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada

Cakapnya seperti orang kaya padahal miskin

  • Cerdik bagai ekor kerbau

Melakukan pekerjaan yang merugikan diri sendiri

  • Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh

Daripada sifat yang mulia, tidak akan lahir budi Bahasa yang kasar

  • Dibalik-balik bagai memanggang

Difikirkan masak-masak

  • Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

Tidak mahu mendengar nasihat orang

  • Fikir itu pelita hati

Fikiran merupakan suluh kebenaran

  • Gagak bersuara murai

Rupanya hodoh tetapi memiliki suara yang merdu

  • Garam dikulum tak hancur

Orang yang pandai menyimpan rahsia

  • Hati nak semua jadi

Jika mahu semua kerja dapat dilakukan dengan mudah

  • Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita

Orang yang berusaha, orang lain yang senang

  • Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya

  • Ke sawah tidak berluluk, ke lading tidak berarang

Memperoleh keuntungan tidak dengan susah payah

  • Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain

  • Lunak gigi dari lidah

Orang yang sangat lemah lembut budi bahasanya

  • Masak di luar, mentah di dalam

Orang yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi hatinya jahat

  • Nasi tersaji sampai ke lutut

Nasib yang sangat baik

  • Nyawa tergantung di hujung kuku

Keadaan yang sangat kritikal

  • Padang perahu di lautan, padang hati difikirkan

Hendaklah berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan

  • Patah tongkat berjermang

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan sedaya upaya

  • Pelita kehabisan minyak

Berwajah muram disebabkan dukacita

  • Pilih-pilih ruas, terpilih pada buku

Mengkehendaki yang baik, akhirnya mendapat yang terburuk

  • Pipit menelan jagung

Orang miskin yang berlagak kaya, akhirnya mendapat kesusahan

  • Seluang menolak mayang

Bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri

  • Seperti biduk dikayuh hilir

Melakukan pekerjaan yang digemari

  • Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Menyuruh orang lain berbuat baik tetapi diri sendiri berbuat kesalahan

  • Seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta tuli

Menjadi sombong kerana memperoleh kekayaan atau pangkat

  • Seperti ulat lupakan daun

Lupa akan kebaikan orang lain

  • Tak kena tepuk dengan tarinya

Lain yang ditanya, lain yang dijawab

  • Udang hendak mengata ikan

Nampak salah orang lain, salah sendiri tak nampak

  • Ugut-ugut beruk

Tunjuk berani padahal penakut

  • Ujung lurus, pangkat berkait

Nampak baik sebenarnya jahat

  • Umpama ada biduk, serempu pula

Tidak puas dengan apa-apa yang sudah dimiliki

  • Umpama air digenggam tidak tiris

Kedekut 



KELUARGA


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Baik buruk peangai seseorang bapa, sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya

  • Rosak bawang ditimpa jambak

Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa

  • Bapa borek anak rintik

Anak-anak akan menurut perangai bapanya

  • Ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap

  • Air perabung mengalir ke cucur atap

Perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak

  • Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua

Perpecahan sesama ahli keluarga lambat laun berbaik semula

  • Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri

Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri akhirnya kita yang mendapat malu

  • Cubit peha kanan, peha kiri pun sakit juga

Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri, akhirnya diri sendiri pun terasa

  • Lesung sama antam bertelingkah ayam yang kenyang

Bergaduh sesame adik beradik, musuh yang mendapat habuan

  • Rosak anak kerana menantu

Merosakkan darah daging sendiri kerana percayakan orang lain

  • Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia

Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak

  • Tidak ada harimau yang membaham anak

Segarang-garang bapa hanya untuk mendidik

  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mendidik anak biarlah sejakmereka kecil lagi

  • Menarik rambut didalam tepung

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah

  • Bagai layang-layang terputus tali

Hidup tanpa arah kerana kehilangan orang tersayang

  • Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Selalu berhati-hati dalam berbelanja atau ketika menggunakan sesuatu

  • Ekor anjing berapa pun dilurut tiada juga betul

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali sekala dia hendak membuat jahat juga

  • Gajah dipandang seperti kuman

Terlalu marah

  • Gedang besar kayu gedang besar dahannya

Banyak hasil banyak pula belanjanya

  • Ikan dihulu tuba dihilir

Perbuatan yang sia-sia

  • Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan

  • Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung

Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan

  • Kalau tidak ada angina masakan pokok bergoyang

Sesuatu perkara terjadi tentu ada sebab

  • Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal

Orang yang banyak keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya

  • Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari

Persetujuan dan persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak

  • Lagu hidup

Suka duka kehidupan

  • Lain bengkak lain bernanah

Lain disoal, lain jawapan yang diberikan


Lain yang diminta, lain yang diberikan


Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain yang dituduh

  • Menghubung nak panjang, menyebar nak lebar

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak

  • Perahu tidak akan karam sebelah

Apabila seorang ahli keluarga ditimpa bencana, seluruh ahli turut merasainya

  • Rebung tidak jauh dari rumpun

Perangai orang akan sama dengan perangai orang tuanya

  • Seperti alu dengan lompang

Dua orang yang saling membantu dalam pekerjaan

  • Tebu seruas berulat pula

Anak yang seorang tetapi perangainya buruk pula

  • Tidak resan kunyit, resan serai

Tidak ada perhubungan keluarga walhal dalam sebuah keluarga yang sama



MASYARAKAT


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Sudah terhantuk baru terngadah

Sudah susah baru beringat

  • Sediakan payung sebelum hujan

Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

  • Nasi sudah menjadi bubur

Sesuatu perbuatan yang sudah terlambat dan tidak dapat dibaiki lagi

  • Melentur buluh biarlah waktu rebungnya

Mengajar anak biarlah dari kecil, jika sudah besar hatinya sudah keras dan sukar menerima ajaran lagi

  • Alah bias, tegal biasa

Segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi

  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, sudah pasti kita tidak akan dapat hasilnya

  • Buka bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari

Kebenaran yang dapat dilihat oleh semua pihak

  • Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Adat/sesuatu yang tidak berubah tetapi tetap utuh

  • Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa

  • Bagai aur dengan tebing

Hubungan yang rapat dan saling membantu

  • Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab

  • Ada asap adalah api

Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan

  • Telur dihujung tanduk

Dalam keadaan bahaya

  • Biar mati anak, jangan mati adat

Orang yang kuat berpegang kepada adat

  • Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Habuan dan nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah

  • Cencaru makan petang

Memperoleh kejayaan pada sesuatu kegiatan

  • Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Usaha yang pada awalnya kecil akan membuahkan hasil dan dapat mencapai apa-apa yang dihajati

  • Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Tekun dan usaha tentu berjaya

  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika ada azam, ada kejayaan

  • Bermandi peluh

Bekerja dengan bertungkus-lumus

  • Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa

Orang yang suka merantau mempunyai pengalaman yang luas dan orang tua yang panjang umur banyak suka duka yang pernah dirasai

  • Indah khabar dari rupa

Beritanya lebih hebat daripada yang sebenar

  • Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu

  • Serumpun bak serai, sesusun bak sireh

Hidup yang saling bermuafakat

  • Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Kata sepakat dicapai melalui mesyuarat

  • Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing

Mengalami susah senang bersama

  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Pengagihan yang sama banyak

  • Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

  • Rendah hati

Tidak meninggi diri

  • Murah hati

Tidak kedekut/pemurah

  • Ada jarum hendaklah ada benangnya

Tiap-tiap sesuatu itu ada pasangannya

  • Ada tangga tetapi memanjat tiang
  • Bagai aur ditarik songsang

Berbuat sesuatu yang tidak mematuhi aturan

  • Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat

Pergaulan dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak

  • Bagai berseru di padang pasir

Seruan yang tidak diendahkan orang

  • Bagai meramas biji cempedak

Menghadapi orang yang pandai berdolak dalik

  • Bagai pahat dengan penukul

Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh

  • Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian
  • Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian
  • Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang baik

  • Cicir dipungut, hilang dicari

Jangan melakukan pembaziran

  • Condong ditumpil, lemah dianduh

Memberikan pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan

  • Dada manusia tidak dapat diselam

Pengetahuan atau fikiran seseorang itu tidak dapat diduga

  • Datang nampak muka, pergi nampak belakang

Datang dengan baik, pergi juga harus baik

  • Daun nipah dikatakan daun labu

Kalau segan bertanya, tentulah timbul salah faham

  • Di mana bunga kembang, disitu kumbang banyak

Di mana ada gadis, disitulah ada anak-anak muda

  • Diimbau berbunyi, dilihat bersua

Kebenaran yang tak dapat dibantah

  • Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam

Diam itu lebih baik daripada berkata-kata

  • Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat

Apa yang hendak dikerjakan elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjan itu selamat

  • Elok lenggang di tempat datar

Bersuka hati harus pada tempatnya atau pada waktu yang tepat

  • Gagak lalu punggur rebah

Orang yang besar berlaku kurang adil kepada orang biasa kerana mahu memperlihatkan kuasanya

  • Gayung tua gayung memutus

Perkataan orang tua biasanya tepat

  • Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair

Orang yang jahat biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu

  • Hari tak selamanya panas

Untung dan malang silih berganti

  • Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang arif tentang perkara tersebut

  • Hukum berdiri dengan saksi, adat berdiri dengan tanda

Undang-undang agama kuat dengan keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti

  • Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya

Kebenaran akan ternyata juga walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat

  • Jangan sampai sesat barat; sepuluh kali diukur, sekali dikerat

Sesuatu pekerjaan hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan

  • Jejak selut kaki terbenam

Berbuat sesuatu perkara yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan

  • Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga

Manusia itu tetap berbeza sekalipun berasal dalam satu keluarga yang sama

  • Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun

Lebih sayang kepada orang lain berbanding ahli keluarga sendiri

  • Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua sahaja, selalu juga terdapat pada orang muda

  • Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat

  • Lemah menapis condong menupang

Tolong-menolong antara satu sama lain

  • Luka sudah hilang tetapi parut masih ada

Walaupun orang yang bergaduh sudah lama berdamai, namun kesannya tidak mudah dilupakan

  • Mencabik baju di dada

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri

  • Mendaki bukit berkuku dua, menurunnya berkaki seribu

Hendak menjadi kaya atau hendak mendapatkan kedudukan yang baik memang sukar tetapi jika hendak memusnahkannya mudah sekali

  • Naik seperti semut turun seperti ribut

Untuk memperoleh kejayaan memang lambat, tetapi untuk gagal mudah sekali

  • Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah

Serba tidak kena kerana ada sahaja kekurangannya

  • Nyamuk mati gatal tak lepas

Dendam tidak hilang walaupun orang itu sudah dihukum

  • Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan

Beritanya sudah terdengar tetapi bukti belum ada

  • Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi

Orang yang sangat mengharapkan sesuatu pertolongan, tiba-tiba mendapat pertolongan yang sangat diharapkan

  • Orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai dugaan

  • Orang pembohong kerja tak sampai

Perkara yang dicakapkan oleh si pembohong akhirnya diketahui orang juga ketidakbenarannya

  • Orang tua diajar makan pisang

Mengajar orang yang sudah pandai

  • Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga?

Orang yang berhampiran dengan orang pandai, masakan seorang yang bodoh

  • Pacat hendak menjadi ular sawa

Orang miskin berlagak kaya

  • Pandang kepada semua, di sana tuan akan bersua

Meminta pendapat orang lain, kita akan memperoleh kebenaran atau kesahihan sesuatu maklumat

  • Pendek dihubung, panjang dikerat

Menyesuaikan sesuatu perkara mengikut kemahuan

  • Pendusta berdiri tiada berkaki

Tiap-yiap yang dusta itu lambat laun akan terbongkar juga rahsianya

  • Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air

Usah berasa takut kerana sama-sama memiliki kekuatan

  • Penyapu diikat sutera

Meletakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya

  • Rosak tapai kerana ragi

Pekerjaan yang tidak dilakukan dengan berhati-hati akan berakhir dengan kegagalan

  • Serumpun bagai serai, seliang bagai tebu

Bersatu hati dalam segala hal

  • Seberat-berat kayu, terapung juga di dalam air

Walaupun memiliki pendirian yang kuat, dapat juga dia dihasut

  • Seperti si buta berbini cantic, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat dirasainya

  • Si buta membilang bintang di langit

Melakukan pekerjaan yang sia-sia

  • Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga

Walau sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya akan kembali ke tempat asalnya juga

  • Tatkala kecil bernama muafakat, tatkala besar bernama adat

Hidup yang sentiasa bantu-membantu dan sokong-menyokong antara satu sama lain

  • Tiada raja menolak sembah

Tiada orang yang tidak suka dihormati

  • Umpama air titik ke batu

Susahnya menasihati orang degil

  • Umpama menulis di atas air

Melakukan pekerjaan yang sia-sia

  • Umpama kasturi mati kerana baunya

Orang yang ditimpa bencana kerana perbuatannya

  • Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

Walaupun pandai berpura-pura, sifat sebenar tetap kelihatan

  • Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup, belum tentu akan berhasil

  • Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi

Membuat sesuatu pekerjaan biarlah sempurna

  • Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan

Yang jauh diundang dengan surat, yang dekat dijemput dengan mulut

  • Yang seehasta takkan jadi sedepa

Sesuatu atau nasib yang tidak dapat diubah lagi



NEGARA


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Buta huruf

Tidak tahu membaca dan menulis

  • Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Perlu berhati-hati supaya tidak menyesal kemudian hari

  • Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab

  • Seperti katak dibawah tempurung

Orang yang sempit pemikirannya

  • Wau melawan angin

Tidak ambil hirau sekeliling

  • Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Sebelum mengerjakan sesuatu, hendaklah berfikir habis-habisan

  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika mengkehendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan

  • Guruh tak berbunyi, malang tak berbau

Malang tidak diketahui bila akan terjadi

  • Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggug oleh orang lain, lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu

  • Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga

Sudah terlanjur buat salah, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar

  • Hutang berbaris


  • Hutang keliling pinggang

Hutang yang banyak

  • Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu

Hasil bercucuk tanam pasti akan berjaya dan lumayan

  • Ibarat berdagang buluh kasap, hukum bilang pangkal lesap

Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi

  • Yang jolok tak jatuh, penjolok tersangkut

Untung tidak dapat, modal pun lesap

  • Rezeki secupak tidak akan jadi segantang

Tanpa usaha tiada tambahan untung

  • Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia

Sikap yang hanya menunggu tidak akan dapat apa-apa faedah

  • Ulat dalam batu pun ada rezeki

Jika kuat berusaha pasti ada rezeki

  • Tak kenal maka tak cinta

Kalau tahu baru timbul suka

  • Hidup segan mati tak mahu

Orang yang hidup melaratkerana kemiskinan/selalu sakit/kehidupan yang tidak ada kemajuan

  • Sambil menyelam minum aie

Sekali melakukan pekerjaan, beberapa perkara tercapai

  • Di mana-mana air bertakung, di situ ikan berkampung

Dimana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan tertumpu

  • Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Kemahuan dan kegemaran setiap orang berbeza-beza

  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari

  • Air jernih ikannya jinak

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi Bahasa

  • Bagai kain menunjukkan corak bangsanya

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya

  • Bagai limau masam sebelah

Hukuman atau pertimbangan yang tidak adil

  • Dimana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam

Dimana ada pemerintah yang baik, di situ ada rakyat yang hidup rukun dan damai

  • Diberi berkuku hendak mencengkam

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati

  • Dijunjung merekah kepala, dipukul meruntuh bahu

Peerintah dan hukuman yang amat berat dan keras

  • Jika salah sebatang dicabut, salah seumpun dibongkar, salah separuh dirambah

Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan

  • Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah

Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu

  • Neraca berbatu intan

Undang-undang yang sangat adil

  • Patah kemudi perahu hanyut

Kematian pemimpin akan menyebabkan rakyat kucar kacir



NILAI MURNI


PERIBAHASA

MAKSUD

BAIK HATI / BERBUDI BAHASA / BERHEMAH TINGGI

  • Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

Merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

  • Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Membuat kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan daripada berbuat jahat

  • Hancur badan dikandung tanah, budi baik dkenang juga 

Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia

  • Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat

  • Kalau asal benih yang baik, jatuh ke tanah menjadi pulau

Orang yang berketurunan baik, kemana-mana dia pergi akan baik juga jadinya

  • Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

Orang yang baik, dimana mana sekalipun akan dimuliakan juga

DAYA USAHA / KESUNGGUHAN / KERAJINAN
  • Bagai lebah menghimpun madu

Sangat rajin

  • Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya juga akhirnya

  • Bulat kata

Keazaman yang bersunnguh-sungguh

  • Cepat kaki, ringan tangan

Rajin dan cepat bekerja

  • Diam ubi berisi, diam penggali berkarat

Pendiam tetapi rajin bekerja

  • Genggam bara api biar sampai menjadi arang

Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

  • Hati waja

Tidak mudah putus asa

  • Malas bergarit perut perit

Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan

  • Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

Orang yang malas tidak akan maju dan rugi

  • Mandi peluh

Bekerja keras

  • Memeras otak

Berfikir atau belajar bersungguh-sungguh

  • Rajin dan usaha tangga kejayaan 

Jika seseorang itu berusaha, sudah tentu dia akan berjaya

  • Seperti anai-anai makan kayu

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin

  • Ulat buku

Rajin membaca

  • Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan melayang

Sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya


SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEKELUARGAAN / PERHUBUNGAN

  • Air dicincang tidak akan putus

Hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun berlaku perselisihan

  • Bagai beliung dengan asahan

Perhubungan yang akrab

  • Biduk berlalu kiambang bertaut

Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya

  • Buang yang keruh ambil yang jernih 

Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja

  • Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua

Adik-beradik yang bergaduh pasti akan berbaik semula

  • Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

Jika seseorang yang kita rapat dalam kesusahan, kita turur berasa susah

  • Darah daging

Anak atau saudara daripada ketuunan sendiri

  • Hilang di mata, di hati jangan

Walaupun berjauhan, tetap ingat dihati

  • Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

Jika seseorang ahli dalam sesebuah kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut mendapat kesusahan

  • Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga

Jikalau jodoh, dimana-mana juga pasti akan bertemu

  • Jauh bau bunga, dekat bau tahi

Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila berdekatan akan berkelahi

  • Mati anak berkalang bapa, mati bapak berkalang anak

Anak dan bapa saling bertolongan

  • Seperti isi dengan kuku

Hubungan yang sangat akrab

  • Seperti pungguk merindukan bulan

Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya


PENYESALAN

  • Ikut hati mati, ikut rasa binasa

Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya

  • Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diuba kembali

  • Masa itu emas

Masa sangat berharga


KESESUAIAN / KESEPADUAN


  • Bagai bulan dengan matahari

Pasangan yang sepadan

  • Bagai pinang dibelah dua

Pasangan pengantin yang secocok

  • Bertemu buku dengan ruas

Padangan yang sesuai

  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Sama taraf / sepadan

  • Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Bersahabat dengan orang yang sama taraf


KASIH SAYANG

  • Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredakan kemarahan seseorang

  • Bagai menjaga intan dicanai

Kasih sayang yang teramat sayang

  • Mabuk kepayang

Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran

  • Karam sambal oleh belacan

Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya tetapi ia tetap disayangi


  • Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan

Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk selama-lamanya tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap


  • Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku

  • Menatang minyak yang penuh

Dijaga dengan sempurna kerana amat dikasihi

  • Tatang di anak lidah

Terlalu kasih akan anak dan isteri


BERDIKARI

  • Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Orang yang pandai membawa diri, pergi kemana-mana pun tentu hidupnya selamat

  • Ke tengah boleh, ke kiri pun boleh

Seseorang yang pandai menyesuaikan diri

  • Pandai menyelam air dangkal

Orang yang pandai membawa diri

  • Timba air mandikan diri

Berusaha sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain


HORMAT-MENGHORMATI

  • Menjaga hati

Bertolak ansur dan saling menghormati

  • Yang tegak disokong, yang lemah ditopang

Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan pertolongan


KEADILAN

  • Duduk dengan cupak dan gantang

Ketua yang adil

  • Seduit dibelah tujuh

Pembahagian yang sama rata

  • Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak

Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya

  • Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak 

Hukuman yang kurang adil

KEBEBASAN

  • Diberi berpadang luas

Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya

  • Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati

Orang yang bebas melakukan apa sahaja

  • Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya

Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing

  • Tepuk dada tanya selera

Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan


KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...