Rabu, 24 November 2021

SENARAI PERIBAHASA SPM MENGIKUT DIMENSI SOALAN SPM



INDIVIDU


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara

Susah kerana harta boleh dicari, susah kerana tidak berfikir tambah masalah

  • Mencurah air ke daun keladi

Nasihat yang sia-sia

  • Kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang

  • Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

Disebabkan seorang sahaja yang bersalah habis semua mendapat malu

  • Ada udang di sebalik batu

Berbuat baik kerana ada hajat terselindung

  • Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam
  • Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai Berjaya walaupun menghadapi kesusahan

  • Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu.

Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya

  • Bagai rumput di tepi jalan

Hidup daif dan terbiar

  • Kerja tertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan

Sesuatu urusan tidak akan selesai jika selalu bertangguh.

  • Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut


  • Orang pindah-pindahan tanaman masak tidak dapat dirasa

Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan berjaya

  • Pipit sama pipit, enggang sama enggang

Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan

  • Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung
  • Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Hormat akan tempat kita bernaung

  • Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri lebih baik di negeri sendiri

Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri

  • Jong pecah, yu yang kenyang

Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh

  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika ada azam, ada kejayaan

  • Biar berputih tulang, jangan berputih mata

Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana milik sendiri dirampas orang

  • Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

Dimana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita

  • Awal dibuat, akhir diingat

Sebelum membuat sesuatu hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu

  • Ayam bertelur di atas padi

Hidup senang dan mewah

  • Bagai aur di atas bukit

Menyerahkan diri kepada nasib

  • Bagai kaca jatuh ke batu

Terlalu kecewa

  • Bagai kucing dibawakan lidi

Terlalu ketakutan

  • Bagai murai dicabut ekor

Seseorang yang becok mulutnya

  • Bagai semut penghimpun melukut

Orang yang rajin bekerja

  • Bagai si buta kehilangan tongkat

Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran

  • Bagai siamang kurang kayu

Sangat susah hati kerana kurang barang keperluan

  • Cakap tak serupa bikin

Hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja

  • Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada

Cakapnya seperti orang kaya padahal miskin

  • Cerdik bagai ekor kerbau

Melakukan pekerjaan yang merugikan diri sendiri

  • Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh

Daripada sifat yang mulia, tidak akan lahir budi Bahasa yang kasar

  • Dibalik-balik bagai memanggang

Difikirkan masak-masak

  • Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

Tidak mahu mendengar nasihat orang

  • Fikir itu pelita hati

Fikiran merupakan suluh kebenaran

  • Gagak bersuara murai

Rupanya hodoh tetapi memiliki suara yang merdu

  • Garam dikulum tak hancur

Orang yang pandai menyimpan rahsia

  • Hati nak semua jadi

Jika mahu semua kerja dapat dilakukan dengan mudah

  • Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita

Orang yang berusaha, orang lain yang senang

  • Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya

  • Ke sawah tidak berluluk, ke lading tidak berarang

Memperoleh keuntungan tidak dengan susah payah

  • Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain

  • Lunak gigi dari lidah

Orang yang sangat lemah lembut budi bahasanya

  • Masak di luar, mentah di dalam

Orang yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi hatinya jahat

  • Nasi tersaji sampai ke lutut

Nasib yang sangat baik

  • Nyawa tergantung di hujung kuku

Keadaan yang sangat kritikal

  • Padang perahu di lautan, padang hati difikirkan

Hendaklah berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu atau mengambil sesuatu keputusan

  • Patah tongkat berjermang

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan sedaya upaya

  • Pelita kehabisan minyak

Berwajah muram disebabkan dukacita

  • Pilih-pilih ruas, terpilih pada buku

Mengkehendaki yang baik, akhirnya mendapat yang terburuk

  • Pipit menelan jagung

Orang miskin yang berlagak kaya, akhirnya mendapat kesusahan

  • Seluang menolak mayang

Bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri

  • Seperti biduk dikayuh hilir

Melakukan pekerjaan yang digemari

  • Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Menyuruh orang lain berbuat baik tetapi diri sendiri berbuat kesalahan

  • Seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta tuli

Menjadi sombong kerana memperoleh kekayaan atau pangkat

  • Seperti ulat lupakan daun

Lupa akan kebaikan orang lain

  • Tak kena tepuk dengan tarinya

Lain yang ditanya, lain yang dijawab

  • Udang hendak mengata ikan

Nampak salah orang lain, salah sendiri tak nampak

  • Ugut-ugut beruk

Tunjuk berani padahal penakut

  • Ujung lurus, pangkat berkait

Nampak baik sebenarnya jahat

  • Umpama ada biduk, serempu pula

Tidak puas dengan apa-apa yang sudah dimiliki

  • Umpama air digenggam tidak tiris

Kedekut 



KELUARGA


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Baik buruk peangai seseorang bapa, sedikit sebanyak akan turun kepada anaknya

  • Rosak bawang ditimpa jambak

Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa

  • Bapa borek anak rintik

Anak-anak akan menurut perangai bapanya

  • Ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap

  • Air perabung mengalir ke cucur atap

Perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak

  • Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua

Perpecahan sesama ahli keluarga lambat laun berbaik semula

  • Ludah ke langit jatuh atas batang hidung sendiri

Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga sendiri akhirnya kita yang mendapat malu

  • Cubit peha kanan, peha kiri pun sakit juga

Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri, akhirnya diri sendiri pun terasa

  • Lesung sama antam bertelingkah ayam yang kenyang

Bergaduh sesame adik beradik, musuh yang mendapat habuan

  • Rosak anak kerana menantu

Merosakkan darah daging sendiri kerana percayakan orang lain

  • Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia

Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak

  • Tidak ada harimau yang membaham anak

Segarang-garang bapa hanya untuk mendidik

  • Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mendidik anak biarlah sejakmereka kecil lagi

  • Menarik rambut didalam tepung

Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah

  • Bagai layang-layang terputus tali

Hidup tanpa arah kerana kehilangan orang tersayang

  • Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

Selalu berhati-hati dalam berbelanja atau ketika menggunakan sesuatu

  • Ekor anjing berapa pun dilurut tiada juga betul

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali sekala dia hendak membuat jahat juga

  • Gajah dipandang seperti kuman

Terlalu marah

  • Gedang besar kayu gedang besar dahannya

Banyak hasil banyak pula belanjanya

  • Ikan dihulu tuba dihilir

Perbuatan yang sia-sia

  • Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk, duri yang akan mengait

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan

  • Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung

Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan

  • Kalau tidak ada angina masakan pokok bergoyang

Sesuatu perkara terjadi tentu ada sebab

  • Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal

Orang yang banyak keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya

  • Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari

Persetujuan dan persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak

  • Lagu hidup

Suka duka kehidupan

  • Lain bengkak lain bernanah

Lain disoal, lain jawapan yang diberikan


Lain yang diminta, lain yang diberikan


Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain yang dituduh

  • Menghubung nak panjang, menyebar nak lebar

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak

  • Perahu tidak akan karam sebelah

Apabila seorang ahli keluarga ditimpa bencana, seluruh ahli turut merasainya

  • Rebung tidak jauh dari rumpun

Perangai orang akan sama dengan perangai orang tuanya

  • Seperti alu dengan lompang

Dua orang yang saling membantu dalam pekerjaan

  • Tebu seruas berulat pula

Anak yang seorang tetapi perangainya buruk pula

  • Tidak resan kunyit, resan serai

Tidak ada perhubungan keluarga walhal dalam sebuah keluarga yang sama



MASYARAKAT


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Sudah terhantuk baru terngadah

Sudah susah baru beringat

  • Sediakan payung sebelum hujan

Sentiasa beringat sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

  • Nasi sudah menjadi bubur

Sesuatu perbuatan yang sudah terlambat dan tidak dapat dibaiki lagi

  • Melentur buluh biarlah waktu rebungnya

Mengajar anak biarlah dari kecil, jika sudah besar hatinya sudah keras dan sukar menerima ajaran lagi

  • Alah bias, tegal biasa

Segala kesusahan biasanya akan dirasai pada peringkat awal, setelah sudah biasa, kesusahan itu tidak terasa lagi

  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, sudah pasti kita tidak akan dapat hasilnya

  • Buka bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari

Kebenaran yang dapat dilihat oleh semua pihak

  • Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Adat/sesuatu yang tidak berubah tetapi tetap utuh

  • Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa

  • Bagai aur dengan tebing

Hubungan yang rapat dan saling membantu

  • Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab

  • Ada asap adalah api

Sangat rapat, tidak boleh dipisahkan

  • Telur dihujung tanduk

Dalam keadaan bahaya

  • Biar mati anak, jangan mati adat

Orang yang kuat berpegang kepada adat

  • Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

Habuan dan nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah

  • Cencaru makan petang

Memperoleh kejayaan pada sesuatu kegiatan

  • Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Usaha yang pada awalnya kecil akan membuahkan hasil dan dapat mencapai apa-apa yang dihajati

  • Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Tekun dan usaha tentu berjaya

  • Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Jika ada azam, ada kejayaan

  • Bermandi peluh

Bekerja dengan bertungkus-lumus

  • Jauh berjalan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa

Orang yang suka merantau mempunyai pengalaman yang luas dan orang tua yang panjang umur banyak suka duka yang pernah dirasai

  • Indah khabar dari rupa

Beritanya lebih hebat daripada yang sebenar

  • Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu

  • Serumpun bak serai, sesusun bak sireh

Hidup yang saling bermuafakat

  • Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Kata sepakat dicapai melalui mesyuarat

  • Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing

Mengalami susah senang bersama

  • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Pengagihan yang sama banyak

  • Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Masyarakat yang pentingkan diri sendiri dan hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

  • Rendah hati

Tidak meninggi diri

  • Murah hati

Tidak kedekut/pemurah

  • Ada jarum hendaklah ada benangnya

Tiap-tiap sesuatu itu ada pasangannya

  • Ada tangga tetapi memanjat tiang
  • Bagai aur ditarik songsang

Berbuat sesuatu yang tidak mematuhi aturan

  • Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat

Pergaulan dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak

  • Bagai berseru di padang pasir

Seruan yang tidak diendahkan orang

  • Bagai meramas biji cempedak

Menghadapi orang yang pandai berdolak dalik

  • Bagai pahat dengan penukul

Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh

  • Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian
  • Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian
  • Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari

Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang baik

  • Cicir dipungut, hilang dicari

Jangan melakukan pembaziran

  • Condong ditumpil, lemah dianduh

Memberikan pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan

  • Dada manusia tidak dapat diselam

Pengetahuan atau fikiran seseorang itu tidak dapat diduga

  • Datang nampak muka, pergi nampak belakang

Datang dengan baik, pergi juga harus baik

  • Daun nipah dikatakan daun labu

Kalau segan bertanya, tentulah timbul salah faham

  • Di mana bunga kembang, disitu kumbang banyak

Di mana ada gadis, disitulah ada anak-anak muda

  • Diimbau berbunyi, dilihat bersua

Kebenaran yang tak dapat dibantah

  • Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam

Diam itu lebih baik daripada berkata-kata

  • Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat

Apa yang hendak dikerjakan elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjan itu selamat

  • Elok lenggang di tempat datar

Bersuka hati harus pada tempatnya atau pada waktu yang tepat

  • Gagak lalu punggur rebah

Orang yang besar berlaku kurang adil kepada orang biasa kerana mahu memperlihatkan kuasanya

  • Gayung tua gayung memutus

Perkataan orang tua biasanya tepat

  • Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair

Orang yang jahat biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu

  • Hari tak selamanya panas

Untung dan malang silih berganti

  • Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang arif tentang perkara tersebut

  • Hukum berdiri dengan saksi, adat berdiri dengan tanda

Undang-undang agama kuat dengan keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti

  • Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya

Kebenaran akan ternyata juga walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat

  • Jangan sampai sesat barat; sepuluh kali diukur, sekali dikerat

Sesuatu pekerjaan hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan

  • Jejak selut kaki terbenam

Berbuat sesuatu perkara yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan

  • Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga

Manusia itu tetap berbeza sekalipun berasal dalam satu keluarga yang sama

  • Kasihkan pinang sebatang daripada aur serumpun

Lebih sayang kepada orang lain berbanding ahli keluarga sendiri

  • Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua sahaja, selalu juga terdapat pada orang muda

  • Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat

  • Lemah menapis condong menupang

Tolong-menolong antara satu sama lain

  • Luka sudah hilang tetapi parut masih ada

Walaupun orang yang bergaduh sudah lama berdamai, namun kesannya tidak mudah dilupakan

  • Mencabik baju di dada

Menceritakan aib kaum keluarga sendiri

  • Mendaki bukit berkuku dua, menurunnya berkaki seribu

Hendak menjadi kaya atau hendak mendapatkan kedudukan yang baik memang sukar tetapi jika hendak memusnahkannya mudah sekali

  • Naik seperti semut turun seperti ribut

Untuk memperoleh kejayaan memang lambat, tetapi untuk gagal mudah sekali

  • Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah

Serba tidak kena kerana ada sahaja kekurangannya

  • Nyamuk mati gatal tak lepas

Dendam tidak hilang walaupun orang itu sudah dihukum

  • Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan

Beritanya sudah terdengar tetapi bukti belum ada

  • Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi

Orang yang sangat mengharapkan sesuatu pertolongan, tiba-tiba mendapat pertolongan yang sangat diharapkan

  • Orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam

Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai dugaan

  • Orang pembohong kerja tak sampai

Perkara yang dicakapkan oleh si pembohong akhirnya diketahui orang juga ketidakbenarannya

  • Orang tua diajar makan pisang

Mengajar orang yang sudah pandai

  • Orang yang menunggu perigi itu, bilakah ia mati dahaga?

Orang yang berhampiran dengan orang pandai, masakan seorang yang bodoh

  • Pacat hendak menjadi ular sawa

Orang miskin berlagak kaya

  • Pandang kepada semua, di sana tuan akan bersua

Meminta pendapat orang lain, kita akan memperoleh kebenaran atau kesahihan sesuatu maklumat

  • Pendek dihubung, panjang dikerat

Menyesuaikan sesuatu perkara mengikut kemahuan

  • Pendusta berdiri tiada berkaki

Tiap-yiap yang dusta itu lambat laun akan terbongkar juga rahsianya

  • Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air

Usah berasa takut kerana sama-sama memiliki kekuatan

  • Penyapu diikat sutera

Meletakkan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya

  • Rosak tapai kerana ragi

Pekerjaan yang tidak dilakukan dengan berhati-hati akan berakhir dengan kegagalan

  • Serumpun bagai serai, seliang bagai tebu

Bersatu hati dalam segala hal

  • Seberat-berat kayu, terapung juga di dalam air

Walaupun memiliki pendirian yang kuat, dapat juga dia dihasut

  • Seperti si buta berbini cantic, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar

Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat dirasainya

  • Si buta membilang bintang di langit

Melakukan pekerjaan yang sia-sia

  • Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga

Walau sejauh manapun seseorang itu merantau, akhirnya akan kembali ke tempat asalnya juga

  • Tatkala kecil bernama muafakat, tatkala besar bernama adat

Hidup yang sentiasa bantu-membantu dan sokong-menyokong antara satu sama lain

  • Tiada raja menolak sembah

Tiada orang yang tidak suka dihormati

  • Umpama air titik ke batu

Susahnya menasihati orang degil

  • Umpama menulis di atas air

Melakukan pekerjaan yang sia-sia

  • Umpama kasturi mati kerana baunya

Orang yang ditimpa bencana kerana perbuatannya

  • Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

Walaupun pandai berpura-pura, sifat sebenar tetap kelihatan

  • Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan

Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup, belum tentu akan berhasil

  • Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi

Membuat sesuatu pekerjaan biarlah sempurna

  • Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan

Yang jauh diundang dengan surat, yang dekat dijemput dengan mulut

  • Yang seehasta takkan jadi sedepa

Sesuatu atau nasib yang tidak dapat diubah lagi



NEGARA


PERIBAHASA

MAKSUD

  • Buta huruf

Tidak tahu membaca dan menulis

  • Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Perlu berhati-hati supaya tidak menyesal kemudian hari

  • Bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi

Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab

  • Seperti katak dibawah tempurung

Orang yang sempit pemikirannya

  • Wau melawan angin

Tidak ambil hirau sekeliling

  • Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Sebelum mengerjakan sesuatu, hendaklah berfikir habis-habisan

  • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika mengkehendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan

  • Guruh tak berbunyi, malang tak berbau

Malang tidak diketahui bila akan terjadi

  • Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Walau betapa susah seseorang melihat kesusahan yang ditanggug oleh orang lain, lebih susah orang yang menanggung kesusahan itu

  • Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga

Sudah terlanjur buat salah, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar

  • Hutang berbaris


  • Hutang keliling pinggang

Hutang yang banyak

  • Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu

Hasil bercucuk tanam pasti akan berjaya dan lumayan

  • Ibarat berdagang buluh kasap, hukum bilang pangkal lesap

Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi

  • Yang jolok tak jatuh, penjolok tersangkut

Untung tidak dapat, modal pun lesap

  • Rezeki secupak tidak akan jadi segantang

Tanpa usaha tiada tambahan untung

  • Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia

Sikap yang hanya menunggu tidak akan dapat apa-apa faedah

  • Ulat dalam batu pun ada rezeki

Jika kuat berusaha pasti ada rezeki

  • Tak kenal maka tak cinta

Kalau tahu baru timbul suka

  • Hidup segan mati tak mahu

Orang yang hidup melaratkerana kemiskinan/selalu sakit/kehidupan yang tidak ada kemajuan

  • Sambil menyelam minum aie

Sekali melakukan pekerjaan, beberapa perkara tercapai

  • Di mana-mana air bertakung, di situ ikan berkampung

Dimana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan tertumpu

  • Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Kemahuan dan kegemaran setiap orang berbeza-beza

  • Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari

  • Air jernih ikannya jinak

Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi Bahasa

  • Bagai kain menunjukkan corak bangsanya

Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya

  • Bagai limau masam sebelah

Hukuman atau pertimbangan yang tidak adil

  • Dimana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam

Dimana ada pemerintah yang baik, di situ ada rakyat yang hidup rukun dan damai

  • Diberi berkuku hendak mencengkam

Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati

  • Dijunjung merekah kepala, dipukul meruntuh bahu

Peerintah dan hukuman yang amat berat dan keras

  • Jika salah sebatang dicabut, salah seumpun dibongkar, salah separuh dirambah

Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan

  • Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah

Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu

  • Neraca berbatu intan

Undang-undang yang sangat adil

  • Patah kemudi perahu hanyut

Kematian pemimpin akan menyebabkan rakyat kucar kacir



NILAI MURNI


PERIBAHASA

MAKSUD

BAIK HATI / BERBUDI BAHASA / BERHEMAH TINGGI

  • Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

Merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong

  • Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Membuat kebaikan biarlah berpatutan tetapi elakkan daripada berbuat jahat

  • Hancur badan dikandung tanah, budi baik dkenang juga 

Seseorang yang berbuat bakti dan jasa akan sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia

  • Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa

Berbuat baiklah semasa hidup untuk diri sendiri dan masyarakat

  • Kalau asal benih yang baik, jatuh ke tanah menjadi pulau

Orang yang berketurunan baik, kemana-mana dia pergi akan baik juga jadinya

  • Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

Orang yang baik, dimana mana sekalipun akan dimuliakan juga

DAYA USAHA / KESUNGGUHAN / KERAJINAN
  • Bagai lebah menghimpun madu

Sangat rajin

  • Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Orang yang lemah atau bodoh kalau berusaha bersungguh-sungguh akan berjaya juga akhirnya

  • Bulat kata

Keazaman yang bersunnguh-sungguh

  • Cepat kaki, ringan tangan

Rajin dan cepat bekerja

  • Diam ubi berisi, diam penggali berkarat

Pendiam tetapi rajin bekerja

  • Genggam bara api biar sampai menjadi arang

Melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil

  • Hati waja

Tidak mudah putus asa

  • Malas bergarit perut perit

Sikap malas berusaha akan mendatangkan kesusahan

  • Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan

Orang yang malas tidak akan maju dan rugi

  • Mandi peluh

Bekerja keras

  • Memeras otak

Berfikir atau belajar bersungguh-sungguh

  • Rajin dan usaha tangga kejayaan 

Jika seseorang itu berusaha, sudah tentu dia akan berjaya

  • Seperti anai-anai makan kayu

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan tekun dan rajin

  • Ulat buku

Rajin membaca

  • Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan melayang

Sesuatu yang dihajatkan mestilah diikuti dengan usaha kerana tidak datang dengan sendirinya


SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEKELUARGAAN / PERHUBUNGAN

  • Air dicincang tidak akan putus

Hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun berlaku perselisihan

  • Bagai beliung dengan asahan

Perhubungan yang akrab

  • Biduk berlalu kiambang bertaut

Dua pihak yang bergaduh akan berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya

  • Buang yang keruh ambil yang jernih 

Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja

  • Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua

Adik-beradik yang bergaduh pasti akan berbaik semula

  • Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

Jika seseorang yang kita rapat dalam kesusahan, kita turur berasa susah

  • Darah daging

Anak atau saudara daripada ketuunan sendiri

  • Hilang di mata, di hati jangan

Walaupun berjauhan, tetap ingat dihati

  • Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

Jika seseorang ahli dalam sesebuah kumpulan mendapat susah, ahli yang lain juga turut mendapat kesusahan

  • Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga

Jikalau jodoh, dimana-mana juga pasti akan bertemu

  • Jauh bau bunga, dekat bau tahi

Kaum keluarga yang berjauhan akan rindu-rinduan tetapi apabila berdekatan akan berkelahi

  • Mati anak berkalang bapa, mati bapak berkalang anak

Anak dan bapa saling bertolongan

  • Seperti isi dengan kuku

Hubungan yang sangat akrab

  • Seperti pungguk merindukan bulan

Seseorang yang sentiasa ingat akan kekasihnya


PENYESALAN

  • Ikut hati mati, ikut rasa binasa

Orang yang mengikut nafsu akan musnah akhirnya

  • Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang terlanjur tidak dapat diuba kembali

  • Masa itu emas

Masa sangat berharga


KESESUAIAN / KESEPADUAN


  • Bagai bulan dengan matahari

Pasangan yang sepadan

  • Bagai pinang dibelah dua

Pasangan pengantin yang secocok

  • Bertemu buku dengan ruas

Padangan yang sesuai

  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Sama taraf / sepadan

  • Enggang sama enggang, pipit sama pipit

Bersahabat dengan orang yang sama taraf


KASIH SAYANG

  • Air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

Kata-kata yang lemah lembut sahaja yang dapat meredakan kemarahan seseorang

  • Bagai menjaga intan dicanai

Kasih sayang yang teramat sayang

  • Mabuk kepayang

Dilamun cinta sehingga terganggu fikiran

  • Karam sambal oleh belacan

Seseorang yang dikasihi telah merosakkan harta yang diberikan kepadanya tetapi ia tetap disayangi


  • Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan

Kasih ibu bapa kepada anak-anak untuk selama-lamanya tetapi kasih anak terhadap ibu bapa tidak tetap


  • Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

Mengasihi anak dan isteri biarlah berpatutan, jangan terlalu dimanjai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku

  • Menatang minyak yang penuh

Dijaga dengan sempurna kerana amat dikasihi

  • Tatang di anak lidah

Terlalu kasih akan anak dan isteri


BERDIKARI

  • Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang

Orang yang pandai membawa diri, pergi kemana-mana pun tentu hidupnya selamat

  • Ke tengah boleh, ke kiri pun boleh

Seseorang yang pandai menyesuaikan diri

  • Pandai menyelam air dangkal

Orang yang pandai membawa diri

  • Timba air mandikan diri

Berusaha sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain


HORMAT-MENGHORMATI

  • Menjaga hati

Bertolak ansur dan saling menghormati

  • Yang tegak disokong, yang lemah ditopang

Orang kaya dimuliakan, sedangkan orang miskin diberikan pertolongan


KEADILAN

  • Duduk dengan cupak dan gantang

Ketua yang adil

  • Seduit dibelah tujuh

Pembahagian yang sama rata

  • Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak

Menghukum hendaklah dengan seadil-adilnya

  • Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak 

Hukuman yang kurang adil

KEBEBASAN

  • Diberi berpadang luas

Seseorang diberikan kebebasan sepenuhnya

  • Nafsu-nafsi beraja di mata, bersultan di hati

Orang yang bebas melakukan apa sahaja

  • Orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya

Setiap orang berkuasa di rumah masing-masing

  • Tepuk dada tanya selera

Terpulanglah kepada diri sendiri untuk membuat keputusan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...