Isnin, 22 November 2021

PENGGUNAAN 10 LIRIK LAGU TERBAIK DALAM PENULISAN CEMERLANG SPM

LAGU 1


Demi negara yang tercinta

Di curahkan bakti penuh setia

Demi raja yang disanjung tinggi

Kesetiaan tak berbelah bagi


Kepada pemimpin kepada rakyat

Khidmat diberi penuh taat

Sama bekerja sama berusaha

Setia berkhidmat untuk semua


Rela berkorban apa saja

Amanah bangsa tetap dijaga

Kami berikrar penuh setia

Untuk agama, bangsa dan negara


Setiap kali lagu bertajuk "Setia" ini berkumandang di udara, meremang bulu roma kita. Demikianlah betapa pentingnya pengorbanan dan kesetiaan rakyat lepada bangsa dan negara. Dengan kesetiaan dan pengorbanan ini, kita dapat membina rakyat yang cinta akan negara dan masyarakat yang hidup bersatu padu agar perpecahan dapat dielakkan. Hal ini dikatakan demikian kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.



LAGU 2


Anak pipit jangan tak dihirau

Gusar esok ke sarang si rimau

Anak didik harusnya dirisau

Gusar esok engkau yang dipisau


Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam lagunya bertajuk 7 Nasihat ini membawa pelbagai unsur nasihat dan didikan yang penting kepada masyarakat kita, terutamanya golongan yang menjadi harapan bangsa dan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Rangkap pertama lirik lagu ini menyampaikan mesej yang begitu jelas iaitu anak-anak didik atau golongan muda perlu dipantau dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan hati-hati bak peribahasa bagai menatang minyak yang penuh. Jika tidak, mereka akan terlibat dalam pelbagai gejala negatif yang akhirnya mampu menjadi duri dalam daging dalam pembangunan bangsa dan negara.



LAGU 3


Hei! sepuluh helai daun sirih

Ku gentas bersama

Bunga cengkih jadilah dikau

Darah merah pekat mengisi uratku

Agar bisa ku berlangkah

Gagah dan tampan

Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak

Di situ langit ku junjung

Alang-alang menyeluk pekasam

Biar sampai ke pangkal lengan


Lagu "Mentera Semerah Padi Nyanyian seniman ulung negara, Dato' M. Nasir ini benar-benar menusuk kalbu dan membakar semangat rakyat Malaysia agar bekerja keras dan tidak berputus asa dalam perjuangan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana lirik lagu ini memaparkan keberanian dan kegagahan pahlawan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Oleh sebab itu, kita mestilah tabah menghadapi onak dan duri dalam kehidupan demi membentuk masyarakat yang berminta kelas pertama dan berjati diri kukuh.



(LAGU 4)


Kisah duka ulang-berulang

Hati luka cinta kecundang

Bagaikan bunga kembang dipuja

Layu dibuang.


Bercintalah berpada-pada

Usah serah segala

Turutkan hati turutkan rasa

Diri sendiri akan binasaDemi masa depanmu

Berhati-hati selalu

Kaji asal usulnya

Jangan sampai terpedaya


Lagu "Kalau Mencari Teman" nyanyian penyanyi tersohor negara, Ziana Zain ini menyampaikan mesej yang kukuh dan berkesan kepada anak-anak muda. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak muda pada hari ini mudah terpengaruh oleh rakan sebaya. Mereka tidak menyiasat asal usul rakan sebelum meniru perbuatan yang dilakukan oleh mereka. Akhirnya, mereka akan menyesal tetapi sudah terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



LAGU 5

Beribu bintang dilangit kini menghilang

Meraba aku dalam kelam

Rembulan mengambang kini makin suram

Pudar ilhamku tanpa arah


Sedetik wajahmu muncul dalam diam

Ada kerdipan ada sinar

Itukah bintang ataupun rembulan

Terima kasih kuucapkan


Lagu nyanyian Manbai, "Kau Ilhamku" sesuai dikaitkan dengan pengorbanan ibu bapa dan guru-guru terhadap kita. Hal ini dikatakan demikian kerana merekalah yang memberikan ilham dan ilmu kepada kita untuk melangsungkan kehidupan ini. Tanpa mereka, kita akan menjadi seperti layang-layang putus teraju dan anak ayam kehilangan ibu. Untuk menghargai jasa mereka, kita haruslah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa ilmu yang diberikan oleh mereka kepada kita tidaklah sia-sia. Oleh sebab itu, anak-anak muda harus menghargai jasa dan pengorbana ibu bapa dan guru-guru, sebaliknya janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.



LAGU 6


Pahit getir hidup dan pengorbanan

Terpaksa dihadapi, demi kejayaan

Terdidik sejak mula, tabah berusaha

Tanpa cuba melangkah, tak kemana

Di mana kau berada

Pencapaian tak tiba dengan mudah


Kini "Standing In The Eyes Of The World"

Hanyalah selangkah dari nyata

Keazaman membara dijiwa

Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah

Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


Lagu "Standing In The Eyes Of The World" nyanyian Ella ini amat sinonim dengan kesungguhan dan keiltizaman anak-anak muda dalam perjuangan mereka. Perjuangan dalam bidang pendidikan, sukan, dan kerja perlu diteruskan tanpa semangat yang lemah. Dengan semangat "Malaysia Boleh" ini juga kita dapat membentuk minda rakyat yang berdaya saing agar kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini.



LAGU 7


Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan


Rangkap pertama lagu Gurindam Jiwa nanyian Seniman Ulung Negara, Allahyarham Tan Sri. P. Ramlee ini memberikan pedoman kepada kita agar menghargai jasa dan kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak yang tinggal berjauhan daripada ibu bapa lama-kelamaan melupakan jasa dan pengorbanan mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak perlulah menziarahi ibu bapa dan menjenguk mereka serta memastikan kebajikan mereka terjaga dengan baiknya. Dengan berbuat begitu, ibu bapa tidak akan kecewa dengan sikap bagai ulat lupakan daun yang ada pada anak-anaknya.



LAGU 8


Oh, Ibu!

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian


Dan aku

Bagai purnama gerhana

Di ibarat lautan kering

Tiada tempat ku layarkan


Hasratku ini

Masih belum sempat

Kubuktikannya kepadamu

Ibu tersayang

Kucurahkan rasa hati


Kutatapi potret mu berulang kali

Kurenungkan kalimah yang diberi


Lagu "Ibu" nyanyian Mamat, Exist ini menusuk hati dan jiwa kita tentang pengorbanan ibu kepada anak. Pengorbanan ini jelas terpancar apabila seorang anak meratapi pemergian ibunya yang telah pulang ke pangkuan Tuhan. Kesedihan, kesunyian, dan kehilangan kasih sayang yang amat terasa ini perlu kita hadapi apabila kehilangan ibu bapa. Oleh hal yang demikian, anak-anak perlu menghargai jasa dan menyayangi ibu bapa sebelum terlambat. Sebaliknya, fenomena yang berlaku hari ini ialah anak-anak terlalu mementingkan diri sehingga bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sehingga mengabaikan nasihat ibu bapa kepadanya. Mereka juga lupa akan hakikat bahawa didikan ibu bapa sangat penting untuk mereka agar dapat merencanakan kehidupan. Oleh hal yang demikian, anak-anak perlulah menghargai pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak.



LAGU 9

Kalau menebang si pohon jati

Papan di Jawa dibelah-belah

Kalaulah hidup tidak berbudi

Umpama pokok tidak berbuah


Indahnya lirik lagu "Pantun Budi" nyanyian Allahyarham Tan Sri. S.M Salim yang menjelaskan betapa pentingnya budi dalam kehidupan kita. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang tidak tahu berbudi dikiaskan bagai pokok yang tidak berbuah. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia haruslah menghayati lirik lagu ini kerana kekayaan ilmu dan nasihat yang disampaikan kepada kita. Janganlah kita lupa akan budi dan jasa siapa-siapaa sahaja yang pernah membantu kita. Sebaliknya, insan yang melupakan budi ini pasti tidak akan bahagia kehidupannya.



LAGU 10


Berjuta bintang menyanyi

Ku di antara yang satu

Mungkin cahaya dan impianku

Di sini gemilang

Lalu ku redah onak duri

Dan lautan api

Kemuncaknya ingin ku tawan

Aku jelajahi oh

Kini gemilang itu

Semakin pasti ku genggam

Gemilang suara keyakinan kian dalam


Lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor ini pernah mencetuskan suatu fenomena di negara kita lebih satu dasawarsa yang lalu. Lagu ini memberikan semangat dan meniupkan api perjuangan dalam diri anak-anak muda untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan. Jika lautan cabaran ini dapat direnangi, anak-anak kita akan sampai di puncak kejayaan. Oleh sebab itu, remaja perlulah........


Sumber : Blog Cikgu Tan CL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...