Maksud
Rangkap 1
Kehidupan seekor kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa.
Rangkap 2
Ketika itu sang kijang berasa sangat sedih dan resah. Kekuatan dalamannya semakin hilang dan yang tinggal hanyalah harapan.
Rangkap 3
Namun hari ini, sang kijang cuba membina kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya walaupun berasa serik dan tidak berdaya lagi setelah keinginannya terhalang.
Rangkap 4
Sang kijang tetap berhati-hati kerana takut tersadung akar dan terkena jerat manusia. Biarpun dalam keadaan yang lemah, sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan tebal tersebut. Namun jauh di sudut hatinya, sang kijang telah menanam tekad untuk terus melangkah walaupun pelbagai halangan menantinya dengan menggunakan akal fikiran serta kewarasannya.
Tema
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan.
Persoalan
(a) Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua.
(b) Realiti kehidupan apabila kekuasaan semakin hilang ketika diri menginjak usia tua.
(c) Sikap berhati-hati dalam menjalani kehidupan seharian.
(d) Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk menghadapi cabaran hidup.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua dan ketiga mempunyai lima baris, dan rangkap keempat mempunyai sepuluh baris.
(d) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.
(e) Bentuknya bebas.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Metafora. Contohnya, dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin.
(b) Personifikasi. Contohnya, Menghambat waktu yang bersisa.
(c) Hiperbola.Contohnya, suara nyaringnya tidak lagi gah bergema.
(d) Asonansi. Contohnya, terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e).
(e) Aliterasi. Contohnya, Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k).
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah aaab, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabcd, rima akhir bagi rangkap ketiga Ialah aabcb, dan rima akhir bagi rangkap keempat ialah abccdeefee.
Nada
Melankolik.
Nilai
(a) Ketabahan.
(b) Kesungguhan.
(c) Ketelitian.
(d) Hemah tinggi.
(e) Berwaspada.
Pengajaran
(a) Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
(b) Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan.
(c) Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara.
(d) Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
(e) Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat sebarang tindakan.
(f) Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan