Khamis, 12 Mei 2022

KOMSAS TINGKATAN 3 - SAJAK BINTANG

Maksud

Rangkap 1
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.

Rangkap 2
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya. 

Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.

Persoalan
(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.
(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada dua rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata.
(d) Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.
(e) Bentuknya bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Anafora. Contohnya, bintang itu adalah aku 
                                        bintang hati ayah dan ibu.
(b) Metafora. Contohnya, bintang hati.
(c) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.
(d) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.
(e) Asonansi. Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal u).
(f) Aliterasi. Contohnya, begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.

Nada
Romantis.

Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Mengenang jasa.
(c) Ketaatan.
(d) Tanggungjawab.
(e) Kejujuran.

Pengajaran
(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.
(c) Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita sejak kecil.
(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.
(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...