Isnin, 4 Jun 2018

KONSEP MASA DALAM BAHASA MELAYU


Biasakan yang betul, betulkan yang terbiasa...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ramai yang masih keliru dengan penggunaan konsep masa dalam penulisan Bahasa Melayu. Di sini saya kongsikan perbincangan bagi tajuk di atas.



01. Dalam bahasa Melayu, pernyataan masa atau waktu sudah mantap dengan menggunakan kata penunjuk waktu “pada” dan “dalam”. Contohnya seperti di bawah :
  • Pada masa, 
  • Pada waktu, 
  • Pada hari, 
  • Pada bulan, 
  • Pada tahun,
  • Pada zaman,
  • Dalam bulan tersebut, 
  • Dalam minggu pertama,
  • Dalam sehari dua lagi.


02. Nama hari disebut hari Isnin, hari Selasa, hari Rabu, hari Khamis, hari Jumaat, hari Sabtu, dan hari Ahad. Contoh penggunaan dalam frasa waktu adalah superit berikut
  • pada hari Ahad, 
  • pada hari Isnin, 
  • pada hari Khamis
Dalam hal ini, kata “hari” menjadi inti kepada frasa nama yang berkenaan. Nama hari dalam bahasa Melayu ini dipinjam daripada bahasa Arab. Contoh: kata “Ahad” bermakna “satu” atau “tunggal” dan, sebagai mana hari, “Ahad” bererti “hari yang pertama dalam sesuatu minggu (selepas hari Sabtu)”. Perkara yang sama harus berlaku apabila kita menggunakan kata penanda waktu bagi bulan dan tahun (minggu, dekad, zaman, alaf, dan seumpamanya) seperti 
  • pada bulan Mac, 
  • pada 20 Mac, 
  • pada minggu pertama bulan Mac, 
  • pada tahun 2020,
  • dalam bulan Mac,
  • dalam bulan Ramadan.



03. Kesalahan umum yang sedang berlaku sekarang, terutamanya yang ditularkan oleh media penyiaran, ialah bentuk frasa waktu yang ‘menggugurkan’ kata nama waktu “hari” dan ‘bulan” atau “tahun”, tetapi terus menggunakan penanda waktu “pada”, seperti 
  1. pada Ahad, 
  2. pada Isnin
Nampaknya, mereka hendak memendekkan frasa “pada hari Ahad” menjadi *“pada Ahad” sahaja dengan alasan bahawa “Ahad” itu nama bagi hari yang, bagi mereka, tidak perlu disebut “hari”nya. 

Pandangan ini mengelirukan dan bercanggah dengan tradisi berbahasa Melayu yang standard dan sopan. 

Dalam bahasa Inggeris, maksud “hari” pada nama hari ada pada kata “day” yang dimajmukkan dalam makna kata “Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday”. Jadi, frasa “on Sunday” itu bererti “pada hari Ahad”.


04. Lagipun, nama hari dalam bahasa Melayu digunakan juga sebagai nama khas bagi orang dan lain-lain. Sekiranya tidak digunakan kata “hari”, maksudnya tidak jelas atau taksa. Jangan gugurkan kata “hari”. Lihat ayat contoh ini:
Betul:
[01] Nama budak itu Ahad.
[02] Nama hari itu Ahad.
[03] Nama kedai sukan itu Ahad.
[04] Wang itu ada pada Ahad.
[05] Festival itu diadakan pada hari Ahad.
Bukan:
[06] *Festival itu diadakan pada Ahad.


05. Nama bulan pun digunakan juga bagi menamai nama khas yang lain, terutamanya nama orang, seperti “Ahmad Syawal, Muhammad Ramadan, Fatimah Rajab”. 

06. Kelihatan bahawa media penyiaran menggunakan cara yang sama dengan menggugurkan kata “bulan” dan “tahun” serta beberapa yang lain. 

Frasa “pada bulan Ogos” disebut *“pada Ogos”, dan frasa “pada tahun 2020” disebut *“pada 2020”. Pastilah pelik apabila “dalam bulan Ogos” disebut *“dalam Ogos”, dan “dalam tahun 2020” disebut *“dalam 2020”! 

Pastilah lebih pelik lagi apabila “pada bulan Ramdan” dan “dalam bulan Ramadan” disebut *“pada Ramadan” dan *“dalam Ramadan”!

07. Dalam budaya Melayu, pandangan dunia Melayu dari semula menamakan “MALAM JUMAAT” dengan maksud “hari Khamis malam Jumaat” atau “hari Khamis pada sebelah malamnya” atau “malam sebelum hari Jumaat”. 



Frasa nama ini sudah membudaya dalam kefahaman orang Melayu dalam konteks penggunaannya yang berkaitan dengan konsep dan acara agama dan, kemudiannya, berkembang untuk maksud aktiviti lain. Konsep ini diteruskan dengan frasa “malam Ahad” yang bererti “hari Sabtu malam Ahad”, dan seterusnya dengan hari-hari yang lain. 

Konsep ini tidak sama dengan penggunaan frasa “FRIDAY NIGHT” dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “Jumaat malam” yang sama maksudnya dengan “hari Jumaat malam Sabtu” atau “hari Jumaat pada sebelah malamnya”. 

Lihat contoh ini:
[07] Majlis tahlil itu akan diadakan pada malam Jumaat ini. 
(pada hari Khamis waktu sebelah malamnya).
[08] Rancangan “Big Catch” itu akan disiarkan pada “Friday night” di Saluran 550 ASTRO. (pada hari Jumaat waktu sebelah malamnya). 


Untuk menghilangkan kekeliruan sebegini, lebih baik frasa “FRIDAY NIGHT” seperti yang digunakan oleh media penyiaran (terutamanya ASTRO) diterjemahkan menjadi “HARI JUMAAT MALAM” dan bukan *“malam Jumaat”.

08. Sehubungan dengan itu, dalam bahasa Melayu, nama “petang Jumaat” bermaksud “hari Jumaat pada sebelah petang” yang sama bentuknya dengan makna frasa “Friday evening” (hari Jumaat pada sebelah petang/malam) dalam bahasa Inggeris. Begitulah juga, “pagi Jumaat” (Friday morning), dan “tengah hari Jumaat” (Friday noon). 

Penggunaan frasa yang menunjukkan waktu “pagi, tengah hari” dan “petang” sebegini boleh diteruskan, kecuali konsep “malam” yang merujuk “hari esoknya”. 

09. Penggunaan kata penunjuk waktu “pada” dengan “pukul, minggu, bulan, tahun, abad, dekat, zaman”, dan “dasawarsa” hendaklah diteruskan, dan jangan digugurkan. Kata “pukul” merujuk “detik waktu”, dan kata “jam” merujuk “durasi atau lamanya masa”. Lihat contoh ini:
[09] Dia pergi pada pukul lima petang.
Bukan:
[10] *Dia pergi pada jam lima petang.

[11] Festival itu akan diadakan dalam bulan Ogos 2018.
Bukan:
[12] *Festival itu akan diadakan dalam Ogos 2018.
[13] “Festival itu akan diadakan Ogos 2018.
Yang betul:
[14] Festival itu akan diadakan pada bulan Ogos 2018.
Atau:
[15] Festival itu akan diadakan dalam bulan Ogos 2018.


10. Bersempena dengan ibadat puasa “dalam bulan Ramadan”, banyak sekali terdapat frasa pernyataan masa atau waktu yang berkaitan dengannya. 



Selain frasa “waktu” tentang solat, yakni “waktu solat, waktu maghrib, waktu isyak, waktu subuh, waktu zohor, waktu asar”, terdapat frasa “waktu berbuka, waktu (ber)sahur, waktu imsak, waktu syuruk, waktu solat tarawih, waktu beribadat” dan seumpamanya yang kesemuanya diungkapkan dengan penanda waktu “pada”, Jadi, “pada waktu maghrib” menjadi janggal apabila disebut *“pada maghrib”. 

11. Perlu diperhatikan bahawa kata penanda kala waktu seperti “pagi, petang, awal, sebelum, selepas, sesudah, pertengahan, malam, tengah malam” yang digunakan di depan kata nama “hari” boleh juga digunakan di depan kata nama “bulan” tanpa menyebut mana-mana kata “bulan” yang berkenaan. 

Contoh: “Pada awal bulan Ramadan” boleh disebut “pada awal Ramadan” kerana bentuknya sama dengan bentuk frasa “pada pagi Jumaat” (yang juga boleh disebut “pada pagi hari Jumaat").

12. Saya percaya bahawa kerajaan baharu akan meneliti semula matlamat pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa penyiaran utama yang berwibawa dan membetulkan apa-apa kerancuan bahasa dan penyelewengan dasar bahasa yang berlaku dalam tempoh pemerintahan kerajaan Barisan National yang terdahulu. 

Sementara itu, bermulalah dengan membetulkan bentuk frasa yang salah seperti “pada Ahad” dan “pada Mei” menjadi bentuk yang betul “pada hari Ahad” dan “pada bulan Mei” seperti sediakala. Insya-Allah, Tuhan akan memberkati usaha kita.
Wallahuaklam.


BAHASA JIWA BANGSA.

Dipetik dan disunting daripada Tuan ISMAIL BIN DAHAMAN.

Isnin, 28 Mei 2018

Nak ajar anak tetapi TAK TAHU? Saya pelawa ibu ini ikut serta dalam kelas anaknya.




Sudah beberapa kali ibu ini mengikuti kelas fizikal saya bersama anak-anaknya.

Ibu ini direzekikan untuk bersama saya dalam keadaan nyata. Dalam banyak-banyak pelajar, hanya ada 2 orang ibu yang betul-betul ambil peluang untuk jadi RAKAN BELAJAR anak-anak.

Saya kagum dengan SEMANGAT dan KESUNGGUHAN ibu ini. Dia yang minta kebenaran untuk belajar bersama sewaktu sesi tuisyen saya dengan anak-anaknya. Minggu ini, dia meminta lagi keizinan saya untuk duduk sama rendah dalam kelas saya.



Dia merasakan bahawa masa bersama saya amatlah terhad. Jadi ini caranya untuk membantu pembelajaran anak di rumah. Dia sendiri sudah mengorak langkah.

Dia MAHU membantu.
Dia MAHU belajar demi anak-anak.
Dia MAHU menjadi GURU semasa ketiadaan saya.
Dia MAHU berkorban masa hari ini untuk kepentingan akan datang.

Ibu ini telah mulakan LANGKAH PERTAMAnya.
Ibu ini sudah melangkah demi pembelajaran anak-anaknya di rumah.

Sebenarnya ramai kaum ibu mahu buat perkara yang sama. Saya sangat YAKIN kerana kita mahu jadi yang terbaik untuk anak-anak terutamanya dalam hal-hal pendidikan.

Ibu-ibu bukan tidak mahu memantau, tapi mereka KEKURANGAN ILMI, KETANDUSAN TEKNIK dan KEKERINGAN IDEA untuk membantu anak.

Jadi, inilah kepentingan kelas online bersama ATTM kendalian saya. Ya, saya menganjurkan kelas bimbingan khas untuk ibu bapa yang berani mengambil cabaran bersama-sama mencukupkan keperluan pendidikan anak-anak terutamanya di rumah.

Ibu² akan dibimbing secara bersistem bagi membantu anak yang menghadapi masalah pembelajaran.

Anda dijemput untuk memasuki Akademi Bahasa Melayu Siri 1 (ABMS1) dalam sesi trail selama 7 hari.

Masih belum terlambat untuk tuan puan membantu anak-anak.
Klik link ini http://nak.la/MLNS

p/s : Bagaimana caranya? PM saya segera!
+6012 7878654
Tutor Hidayah Sahalan

Rabu, 9 Mei 2018

UPSR : Tips menjana idea membina ayat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teknik ini sesuai digunakan oleh ibu bapa, tutor, penjaga mahupun murid Tahun 4,5 dan 6.


Kelas preview ABM (Latihan 01)

Tunjuk gambar ini kepada anak anda. 

Tugasan 1 :

1. Senaraikan 10 perkataan pertama yang anda lihat dalam visual di bawah.


Cadangan jawapan yang sesuai ialah ...

  1. Tulisan berangkai
  2. Tomato ceri
  3. Tangkai tomato
  4. Daun pudina
  5. Senduk kayu
  6. Spageti
  7. Kain lap
  8. Meja
  9. Lada putih
  10. Ira kayu
  11. Urat daun
  12. Jahitan
  13. Lipatan
  14. 11 biji tomato ceri
  15. 10 helai daun pudina
  16. Lekukan pada batang senduk kayu
  17. 4 keping papan
  18. Bayang-bayang
  19. Titisan air (pada tomato)
  20. Sayur
  21. Alatan memasak
  22. Hijau
  23. Merah
  24. Kuning
  25. Putih
  26. Merah jambu
  27. Coklat tua
  28. Coklat muda
  29. Segar 
  30. Garisan
  31. Bulat
  32. Bujur
  33. Kecil
  34. Besar
  35. Tipis / Nipis / Pipih
  36. Keras
  37. Corak kain lap
  38. Tona warna
  39. Pepejal
  40. Warna terang



Tugasan 2 : 

Tunjukkan gambar ini.
Apa pula perkataan yang terlintas?

Saya mahukan 20 perkataan pertama selain perkataan tadi.



Daripada 30 perkataan tadi. Kelaskan pula jenis kata.

Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif

Cadangan jawapan tugasan 2 ialah...


Dapur tanpa visual – pengelasan mengikut jenis kata
Olahan jawapan daripada peserta ABM.


Kata Nama

Kata Kerja
Kata Adjektif
Makanan
Menjerang
 Sedap
Gas
Mencuci
 Manis
Air
Memotong
Pahit
Kek
Merasa
Masam
Rempah
Bau
Masin
Kicap
Menggoreng
 Panas
Pinggan

Segar
Mangkuk


Ibu


Singki


Cerek


Peti sejuk


Botol air


Kabinet


Ketuhar gelombang mikro


Garam


Milo


Sos cili


Kuali


Periuk


Sabun cuci pinggan


Tong gas


Periuk nasi


Minyak


Tong Sampah


Pisau


Asam jawa


Rak pinggan                        


Gula


Bawang


Garfu


Sayur-sayuran


Cawan


Tomato


Kiwi


Gunting


Meja


Kerusi


Tisu


Ikan


Tudung saji


Jug air


Teko


Pengisar makanan


Papan pemotong




Tanpa bantuan saya;

Anda boleh teruskan dengan konsep seperti ini.

1. Cari 1 gambar dalam google. Tetapkan 1 tema.

2. Senaraikan apa yang dilihat. Buka mata seluas-luasnya. ZOOM IN!

3. Tulis 'tema' sahaja tanpa bantuan visual.

4. Keluarkan 30-50 patah perkataan lain.

5. Kelaskan semua perbendaharaan kata yang ada mengikut jenisnya.

6. Kita akan sambung untuk proses seterusnya pada entri seterusnya.
A) Membina ayat mudah.
B) Membina ayat kompleks.

Kita BUAT. 
Kita DAPAT. 
Pelajar HEBAT.




THiS 012.7878.654





KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...