Khamis, 12 Mei 2022

KOMSAS TINGKATAN 2 - PANTUN NASIHAT

Maksud

Rangkap 1
Jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.

Rangkap 2
Sesuatu yang haram dan memabukkan jangan dicuba sama sekali.

Rangkap 3
Perasaan sedih dan risau jangan dibiarkan berpanjangan kerana kelak akan membinasakan diri sendiri.

Rangkap 4
Tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar tidak menanggung sengsara.

Rangkap 5
Seorang isteri perlulah mengelakkan diri daripada memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan lain.

Rangkap 6
Kita hendaklah beradat ketika hidup di dunia ini dan bahasa itu tidak dapat dijual beli.

Rangkap 7
Para perantau dinasihati agar pandai membawa diri di tempat orang.

Tema
Nasihat yang dijadikan panduan kepada masyarakat agar mereka sentiasa melakukan kebaikan.

Persoalan
(a) Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
(b) Melakukan perbuatan haram akan membawa kepada kemudaratan.
(c) Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana dapat membinasakan diri.
(d) Berhati-hati dalam bertutur kerana jika tersilap buruk padahnya.
(e) Persefahaman antara suami isteri mampu menjamin kerukunan rumah tangga.
(f) Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.
(g) Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.

Bentuk dan Ciri-ciri Pantun
(a) Terdiri daripada tujuh rangkap. 
(b) Berisi empat baris setiap rangkap 
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada tujuh hingga sebelas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.

Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
(a) Imej alam. Contohnya, buah peria; padi; kapas; panas; hujan; pulau; bertih; bunga; pisang.
(b) Anafora. Contohnya, Buat baik berpada-pada 
                                       Buat jahat jangan sekali.
(c) Simile. Contohnya, Bagai panas mengandung hujan.
(d) Asonansi. Contohnya, Batang kapas bertimbal jala(perulangan vokal a).
(e) Aliterasi. Contohnya, Buat baik berpada-pada (perulangan konsonan b).
(f) Rima akhirnya sama, iaitu abab.

Nilai
(a) Baik hati. 
(b) Rasional. 
(c) Ketabahan. 
(d) Budi bahasa. 
(e) Hati-hati.
(f) Kepatuhan.

Pengajaran
(a) Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
(b) Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram supaya hidup kita tidak binasa.
(c) Kita hendaklah tidak terlalu bersedih atas dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
(d) Kita mestilah berhati-hati dalam bertutur, jika tersilap buruk padahnya.
(e) Kita hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku apabila berdagang di tempat orang supaya dipandang mulia dan masyarakat.
(f) Seorang isteri mestilah bijak menjaga hati suami supaya rumah tangga sentiasa bahagia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...