Sabtu, 6 Oktober 2018

Penggunaan meN...kan dan meN...i


"Bolehkah tolong jelaskan penggunaan meN-..-kan dan meN-..-i. Saya amat keliru 😑"

Saya sering kali dihujani dengan permasalahan ini. Dalam ruangan ini ingin saya kongsikan teknik mudah untuk mengenal pasti penggunaan imbuhan pada Kata Kerja Transitif ini.



Cara serta perbezaan penggunaan meN-..-kan dan meN-..-i

Konsep asas Kata Kerja Transitif jangan dilupa, iaitu Kata Kerja + objek
Objek mesti terdiri daripada Kata Nama atau Frasa Nama.

Kekeliruan ini akan timbul apabila dalam sesuatu ayat terdapat dua objek selepas kata kerb, iaitu objek tepat dan objek sipi. 

Lihat perkongsian di bawah ini ya!

Perbezaan antara meN-…-kan dan meN-…-i

Imbuhan 
Golongan Kata
Fungsi
Objek tepat
Contoh ayat
meN-…-kan
KN, KK, KA, KT
kausatif
Objek tak bernyawa
A)   Puan Linda menghadiahkan sebuah basikal kepada Gabriel.
meN-…-i
KN, KK, KA, KT
lokatif
Objek bernyawa
B)     Puan Linda menghadiahi Gabriel sebuah basikal.

A) ... menghadiahkan sebuah basikal kepada Gabriel.
Objek 1(tepat) sebuah basikal (tidak bernyawa)
Objek 2(sipi) adik (bernyawa)

B) ... menghadiahi Gabriel sebuah basikal.
Objek 1 (tepat) Gabriel  (bernyawa)
Objek 2 (sipi) sebuah basikal (tidak bernyawa)

Terdapat segelintir kata kerja yang mempunyai imbuhan meN-…-kan dan meN-…-i yang boleh berganti antara satu sama lain.

Contoh: 

Ali sedang membaiki kereta yang rosak.
Ali sedang membaikkan kereta yang rosak itu

Perbezaan antara mempeR-… dan mempeR-…-kan 

Imbuhan
Golongan Kata
Fungsi
Contoh Ayat
memper-…
Kata Adjektif
menjadikan lebih/ bertambah
Ibu memperindah ruang tamu dengan pasu bunga.
memper-…-kan
Kata Kerja





Kata Nama
menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja

i) kuasatif


ii) segelintir kata nama seperti hamba, isteri, dan suami menghasilkan perkataan yang berlainan maksudnya. (m/s 210)
Tuanpengarah  telah mempertimbangkan kembali  keputusan itu.






memperhamba- melakukan diri seseorang seperti hamba
memperhambakan- menjadikan diri seperti hamba seseorang.

-Wanita itu memperhamba orang gajinya.

- Hang Tuah memperhambakan dirinya kepada sultan.


1.    mempeR...kan dan dipeR ...-kan diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja
2.    mempeR- dan dipeR- diimbuhkan dengan kata adjektif, mempeR...-i disambut dengan KA dianggap lewah.

Namun begitu, bukan.semua apitan memper-...-i lewah. Apitan memper-...-i yang tidak lewah ialah:

1. ..mempersenjatai
2. ..memperingati
3. ..memperalati
4. ..memperkebuni..
5...memperkawani..
6. ..memperisteri (i)
7. ..memperhamba (i)

Apitan memper-...-i yang.lewah pula ialah:

1. ..memperbaiki
2...memperdalami
3. ..mempersetujui..
4. ..memperolehi..


Perbezaan antara diper-… dan diper-…-kan

Imbuhan
Golongan Kata
Fungsi
Contoh Ayat
diper-…
Kata Adjektif
dijadikan lebih/ bertambah
Halaman rumah diperindah dengan pasu bunga oleh ibu.
diper-…-kan
Kata Kerja




Kata Nama
Menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain.



Dijadikan sesuatu mengikut kata dasar
Keputusan itu telah dipertimbangkan kembali oleh Pengarah Urusan Toyota.


Hang Tuah diperhambakan kepada sultan oleh Bendahara.


*Terdapat sekumpulan kecil kata nama yang hanya menerima imbuhan diper-… untuk membentuk kata kerja.   
Contoh:  
alat  - diperalat

daya - diperdaya

Jumaat, 5 Oktober 2018

Bunyi binatang dalam Bahasa Melayu.

Setiap binatang ada bunyinya yang tersendiri.

Mari kita kenal bunyinya.

Sumber : Riang Ria TV


Kebiasannya, bunyi binatang akan disoal dalam kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Haiwan
Cara Berbunyi
ayam jantan
berkokok
ayam betina
berketuk
anak ayam
mencicit / mendecit
tebuan / katak
berdengung
singa jantan
mengaum
gajah
bertempik
keldai
meringkik
kera
mengerih
anjing
menyalak /  berdengking /  berdengkung
kambing
mengembek
kucing
mengiau
merpati
mendekut
lembu
mengguak /   melenguh
beruang
menderam
keldai
meringkik
puyuh
berdengut
cengkerik
mengilai
serigala
meraung
terkukur
berkukur
ular
berdesis / berketu
tikus
berdecit-decit
kuda
berdengus
itik
mengakak
burung
berkicau
nyamuk  
dengung
kerbau      
mengguak
gagak  
menggauk

Rabu, 11 Julai 2018

Amalan Kitar Semula

Apa itu kitar semula?



Reduce (Kurangkan)

Hal ini merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepada pengurangan penggunaan sumber semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.

Reuse (Guna Semula)

Perbuatan ini merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali. Dengan berbuat demikian, penjanaan sisa dan pembuangannya data dikurangkan.

Recycle (Kitar Semula)

Re" merujuk kepada "untuk melakukan sekali lagi" dan "cycle" merujuk "pusingan". Oleh yang demikian, "Kitar Semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. Kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita. Simbol antarabangsa untuk kitar semula adalah Mobius Loop, sebuah bulatan khas yang mencadangkan satu kitaran yang berterusan


Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran

Mengapa perlu kitar semula?

Kitar semula akan mengubah sisa menjadi sumber-sumber yang bernilai. Aktiviti ini  juga boleh mengurangkan penggunaan bahan-bahan semulajadi, menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.

Hari Kitar Semula Kebangsaan?

Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan.

Apakah bahan yang boleh dikitar semula?



Sumber : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

Selasa, 10 Julai 2018

Amalan Jimat Cermat



Apa itu jimat cermat?

·      Satu amalan murni 
·      Tidak membazir
·      Tidak boros
·      Membuat rancangan perbelanjaan

Bagaimana mahu amalkan dalam kehidupan seharian?

1.     Amalan kitar semula

Kitar Semula

a.     Kitar semula barangan buangan untuk tujuan baharu
b.     Tayar menjadi pasu bunga, botol minuman menjadi perhiasan 
c.     Tidak perlu keluarkan duit lebih untuk barang baharu

2.     Amalan guna semula 



a.     Penggunaan semula bahan terpakai untuk tujuan sama atau baharu
b.     Guna semula kasut sekolah yang masih elok
c.     Guna pakaian yang masih boleh dipakai

3.     Amalan menabung


a.     Simpan duit lebihan perbelanjaan harian
b.     Ringankan beban ibu bapa
c.     Boleh beli barangan keperluan persekolahan guna duit sendiri

4.     Membawa bekalan makanan dan minuman ke sekolah / pejabat


a.     Makanan lebih berkhasiat
b.     Makanan lebih bersih
c.     Jimat duit duit poket

5.     Membuat senarai perbelanjaan


a.     Beli barang keperluan bukan kehendak
b.     Beli barangan berkualiti 

6.     Membeli barang berjenama semasa Jualan Penghabisan Stok atau Jualan Hujung Tahun


a.     Dapat banyak potongan harga
b.     Kalah membeli, menang memakai
c.     Boleh pakai lama

7.     Menaiki kenderaan awam


a.     Tidak perlu bayar tol dan tempat letak kereta.
b.     Tidak membazirkan sumber bahan api fosil

8.     Amalan memasak makanan di rumah


a.     Jimatkan perbelanjaan seisi rumah
b.     Makanan lebih segar
c.     Kos penyediaan lebih murah

9.     Menggunakan alat elektrik cekap tenaga


a.     Pendingin hawa Panasonic, lampu solar dan sebagainya
b.     Tidak bazir elektrik

10.  Gunakan kereta hybrid


a.     Kereta hybrid lebih mesra alam
b.     Kereta ini menggunakan tenaga solar

11.  Memasang panel solar di rumah


a.     Jimatkan wang 
b.     Tahan lama

12.  Melancong dalam negara


a.     Lebih jimat tak perlu tukar mata wang.
b.     Tidak keluar belanja tiket penerbangan

13.  Menadah air hujan


a.     Bekalan air kecemasan
b.     Siram pokok dan cuci kereta

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023 BAHASA MELAYU KERTAS 1 NEGERI MELAKA BERSERTA CADANGAN JAWAPAN

KERTAS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2023  BAHASA MELAYU KERTAS 1 (MELAKA) BERSERTA CADANGAN JAWAPAN OLEH : CIKGU HIDAYAH Whatsapp:  010 666 857...