Sinopsis
Azmir sedang dirawat di wad pesakit jiwa Hospital Besar. Sewaktu berada di wad tersebut, Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya, iaitu Ani. Azmir meminta Ani membawanya keluar dari situ tetapi Ani memberitahu Azmir bahawa mereka bahagia di tempat itu.
Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir menganggap ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya. Kemudian, Azmir berkhayal tentang Pak Haji yang datang melawatnya dan memberi salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya yang bukan nama orang Melayu dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.
Selepas memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama yang bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon drama yang sedang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah sakitnya reda, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul. Azmir menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepura- puraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan disebabkan dia gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap oleh kata-kata.
Doktor datang lagi dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad pesakit jiwa semula. Setelah itu, Arif dan rakan-rakan pelakon mengunjungi ibu bapa Azmir. Ibu bapa Azmir menjelaskan bahawa Azmir berkeadaan begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di universiti. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat, dan perangsang, bukannya cemuhan atau penghinaan. Pelakon II memberitahu mereka bahawa dia melihat Azmir sedang menghadapi suatu penderitaan yang sudah tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
Tema
Drama “Bukan Gila” bertemakan ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otak bersendirian.
Persoalan
(a) Penghargaan anak terhadap ibu bapanya.(b) Penghargaan terhadap manusia budiman seperti petani, nelayan, serta buruh yang telah membangunkankesejahteraan rakyat dan negara.(c) Kesetiaan seseorang terhadap kekasihnya.(d) Sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap kesusahan dan kesakitan orang lain.(e) Kebenaran hanya bersifat luaran dan terbit dalam kata-kata.(f) Kepentingan wang dalam kehidupan.
Watak dan Perwatakan
Azmir
(a) Menghidap penyakit barah otak.(b) Mengalami sakit jiwa.(c) Menerima rawatan pesakit jiwa di Hospital Besar.(d) Bersikap gila-gila sejak tingkatan enam.(e) Gagal menghabiskan tahun akhir pengajiannnya di universiti. (f) Enggan mengikut nasihat ibunya.(g) Bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak. (h) Mampu bercakap loghat Indonesia.
Arif
Doktor Razi
Ibu Azmir
Latar
Latar Tempat
(a) Wad pesakit jiwa, Hospital Besar. (b) Pentas.
Latar Masa
Latar Masyarakat
Plot
Binaan Plot
(b) Pengenalan – Azmir berada di wad pesakit jiwa diHospital Besar seorang diri dan berada dalam khayalan.
(c) Perkembangan – Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal akan kehadiran ayahnya yang menziarahinya di wad. Azmir bertelingkah dengan ayahnya kerana dia beranggapan ayahnya tidak sayangkannya. Kemudian, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji melawatnya di wad. Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Azmir kembali berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya. Azmir mempertikaikan kata-kata cinta Ani terhadap dirinya. Selepas itu, doktor melawat Azmir di wad. Doktor memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.
(d) Perumitan – Arif dan pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama mereka, iaitu Sasau. Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan pelakon-pelakon lain membuat latihan drama. Azmir mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kuasa. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah sistem yang prorakyat. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tiba- tiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.
(e) Klimaks – Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai sehingga berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Selepas itu, doktor membawa Azmir ke hospital semula. Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Doktor mengatakan bahawa orang gila sememangnya pandai berkata-kata.
(f) Peleraian – Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu bapa Azmir di rumah. Mereka menerangkan keadaan Azmir kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, Azmir semakin lemah dan jatuh ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir.
Teknik Plot
Gaya Bahasa
Nilai
Pengajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan